Sabtu, 21 April 2012

Mengapa Anda Harus Memilih NUTRELLE?


1. DETOKSIFIKASI



- Membersihkan usus, hati dan darah
- Mencegah proses auto intoksikasi
- Membantu penyerapan nutrisi dan pemakanan kesihatan
- Mengatasi sembelit
- Mengawal kolesterol, hipertensi dan diabetes

2. PEMULIHAN

- Memulihkan kesihatan sistem digestif
- Membantu penghadaman dan penghasilan nutrisi
- Meningkatkan sistem immun
- Mengatasi keradangan usus
- Mengatasi gejala alahan dan ekzema

3. MENGOPTIMUM

- Membantu proses penghadaman lengkap
- Meredakan intoleransi laktosa
- Membantu pesakit selepas pembedahan hempedu
- Mengatasi angin, kembung dan pedih ulu hati
- Mengatasi keletihan

4. REJUVENASI

- Mengatasi serangan radikal bebas penyebab kanser
- Meningkatkan kecergasan dan paras tenaga
- Membantu penghasilan sel darah merah
- Menyihatkan sistem kardiovaskular
- Awet muda









Kesihatan Usus Amat Penting Kepada Manusia 

1. 90% pelbagai penyakit berpunca dari usus yang kotor  -  Kajian Kolej Perubatan Di Raja England

2. Kebanyakan penyakit berasal dari perut  -  hadith
3. Kematian bermula dari usus  -  Dr Bernard Jensen
4. Seorang manusia sihat akan membuang najis dua kali sehari, akan tetapi masih terdapat baki najis diantara 2.4kg – 4.5 kg.  -  Kajian Pakar Perancis
5. Sakit kepala, keletihan badan dan banyak simptom lain adalah berpunca dari penyerapan toksik dari usus. Membersihkan sistem usus selalunya akan membantu gejala ini  -  Dr Norman Walker

Akibat Usus Yang Bermasalah : 


1.   Sakit belakang, tengkuk dan bahu
2.   Sakit kepala / migraine
3.   Insomnia (susah untuk tidur)
4.   Letih dan kurang bertenaga
5.   Imuniti (daya tahan badan) yang rendah
6.   Kemurungan
 7.   Bau badan dan mulut yang kurang enak
8.   Angin dan sakit perut
9.   Masalah kulit, alahan, ruam, jerawat 
10. Psoriasis
11. Sembelit dan buasir
12. Masalah penghadaman
13. Jangkitan kulat
14. Hitam persekitaran mata
15. Radang usus, ulser dan kanser



Eskayvie Lebar Sayap
WARTAWAN SINAR HARIAN

28 Februari 2012

Syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan, Eskayvie Sdn Bhd, optimis memasuki pasaran luar negara menerusi pengedar tunggal di Filipina, India, Kuwait, Arab Saudi dan Emirates Arab Bersatu (UAE) menjelang awal April ini.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed, berkata, Eskayvie kini dalam proses pengeluaran enam produk termasuk produk terbaru, Eskayvie Nutrelle untuk dieksport.

“Selain India dan Filipina, kami juga berhasrat menerokai pasaran Timur Tengah seperti Oman dan Nigeria dalam suku ketiga tahun ini, selepas Brunei, Singapura dan Indonesia pada tahun lalu.

“Bagi memenuhi kapasiti pengeluaran produk, kami menyasarkan membuka kilang sendiri keluasan 0.8 hektar dengan pelaburan RM50 juta di sekitar Shah Alam atau Nilai akhir 2013,” katanya selepas majlis pelancaran produk terbaru Eskayvie Nutrelle sekali gus majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan pengedar tunggal di India dan Filipina.

Hadir sama, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Eksport, Perbadanan Pembangunan perdagangan Luar(Matrade) Datuk Dzulkifli Mahmud dan Ketua Eksekutif Ekskayvie Dr Syid Ayob Asid Mustafa Alqudri.

Menurutnya, kapasiti pengeluaran semasa mencecah 30 ribu botol sebulan dan bakal mengeluarkan sehingga 300,000 botol sebulan apabila kilang baru siap.

Beliau berkata, Eskayvie yakin dapat menghasilkan 15 produk termasuk enam produk sedia ada sepanjang 2012, sekali gus mencapai sasaran 30 produk menjelang akhir 2013.

Katanya, sehingga kini, Eskayvie mempunyai 68 pengedar utama di seluruh negara dan bakal membuka kedai konsep eksklusif Eskayvie ke seluruh negara menerusi sistem Francais.

“Tahun lalu, kami berjaya mencapai perolehan RM6 juta dan kami yakin dapat meningkatkan jualan sehingga lima kali ganda tahun ini,” katanya.

Eskayvie memperkenalkan produk pertama awal tahun lalu, Afeeya Umrahcare, produk kopi, Afeeya Café, dan produk dua dalam satu iaitu Redianze dan Reverse.