Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata
(tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini di sebabkan
khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya
telah di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300
tahun dahulu.
Tergolong didalam filum Ekinodermata, spesis Timun Laut yang
didapati berkesan dari segi nilai keberkesanannya adalah daripada genus
Sticophus atau lebih dikenali Gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat
termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum'.
Hampir 42 spesis Timun Laut telah dikenalpasti di perairan
Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.Umumnya haiwan
ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan
di bahagian anterior dan posterior.
Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. Ianya adalah
haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan
haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh
yang efisyen iaitu mengeluarkan Holothurinyang toksik dan dapat melumpuhkan
haiwan kecil.
Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali
sebagai Kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya
diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah Holothurin
yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas
bersalin dan sebagai antifungus.
Kajian Timun Laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di
Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan
penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia,
Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia
sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti baha-bahan
bioaktif didalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yang terdiri
lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof Dr. Ridzuwan
Hashim (PMK).
Analisa keatas tubuh dan cecair selom Gamat mendapati yang ianya
tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara
3-5% dan lemak sebanyak 1.5%. Komponen-komponennya termasuklah asid amino
esential, kolagen, vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium,
mangan, nikel, kabalt dan zink.
Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega
eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan
penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurang
kan kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan
risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.
Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan
proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif
didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurang kan
kerosakan sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin kesuburan badan.
Kesan anti-bakteria anti-fungus meningkatkan kemampuannya
untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif
(penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak).
Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna,
Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan
Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi).
Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai
anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.
Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan :
1. untuk meningakatan kesihatan badan,
2. mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
3. mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh otot,
4. menghindari masaalah alahan dan lelah,
5. melawan radang dan meredakan bengkak,
6. melancarkan pengaliran darah,
7. memulihkan sistem peranakan selepas bersalin,
8. masaalah resdung, buasir dalam dan luar,
9. mencantikkan kulit dan awet muda,
10. meningkatkan metabolisma dan membantu masaalah keletihan,
11. menghindari sembelit dan masaalah buasir, menguatkan tenaga
batin,
12. melegakan migrain
13. mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kencing
manis, kolestrol serta lain-lain lagi.
Menyedari hakikat Gamat memiliki khasiat keberkesanan yang
tinggi sehingga boleh menandingi Akar Ginseng, maka GESB (Gamat eMAS sdn bhd)
berganding bahu dengan UKM dan SIRIM Berhad memformulasikan produk-produk Gamat
dibawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama èMas
khusus untuk anda!
MANUAL PENYAKIT & RAWATAN BERASASKAN GAMAT
Pengenalan
Rawatan Alternatif merupakan satu skop yang terlalu luas
untuk diperhalusi. Gamat, antaranya merupakan satu produk alternatif
tradisional yang telah digunakan sejak dari 300 tahun dahulu. Air gamat yang
busuk baunya itu telah diamalkan oleh nenek moyang kita untuk menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit. Sehingga kini masih lagi digunakan secara meluas
walaupun bau air masih tetap busuk. Kenapa? Ini disebabkan masyarakat kita
sememangnya mempercayai dan memperakui bahawa air gamat itu berkesan dari segi
rawatan dan penyembuhan.
Perkembangan teknologi moden kini telah menular mempengaruhi
produk-produk tradisional. Syarikat Gamat eMas Sdn Bhd. tidak ketinggalan bagi
memainkan peranan untuk memertabatkan produk kebanggaan kita. Gamat eMas
menjanjikan satu kelainan pada produk gamat yang dipasarkannya. Inisiatif untuk
menjalinkan usahasama dengan universiti tempatan dan SIRIM Bhd. merupakan
langkah kami untuk memastikan keberkesanan pada formulasi dan kualiti pada
produk kami.
Mungkin timbul persoalan mengapa pihak syarikat memilih
gamat untuk diketengahkan kerana terlalu banyak produk gamat sekarang di
pasaran. Kami di Gamat eMas sentiasa menitikberatkan ketulinan ekstrak gamat
yang diproses dan digunakan adalah dari spesis Stichophus Variegatus agar
keberkesanan produk tidak dipertikaikan. Malah dengan kajian (R & D) yang
dijalankan dari masa ke semasa, kewibawaan produk di bawah jenama eMas pasti
tidak akan tercabar. Keunggulan tanpa keraguan akan dijadikan tonggak kepada
semua produk yang dihasilkan oleh Gamat eMas Sdn Bhd. Dan kami percaya gamat
merupakan khazanah dari laut yang mempunyai nilai terapeutik universal yang
terlalu berharga untuk tidak dikongsikan bersama dengan para pengguna sekelian.
PERINGATAN PENTING
Penyelidikan tentang Gamat telah di jalankan sejak tahun
1983 lagi dipelopori oleh Prof. Madya Dr. Ridzwan Hashim dari UKM. Manual ini
di ilhamkan mengambil kira data-data awal dari ujian makmal dan testimonial
yang didapati bertujuan untuk dijadikan garis panduan penggunaan produk Gamat
eMas sementara menunggu data-data klinikal yang lebih terperinci di masa
hadapan. Saranan di dalam manual ini merupakan syor di dalam mengikhtiarkan
Rawatan Alternatif berasaskan Gamat.
Penulis tidak menjanjikan jaminan kepada syor yang diberi
kerana setiap usaha itu, hanya kepada Allah swt kita bertawakkal.
*WallahuAlam..
Sumbangan oleh : Dr Syid Ayob bin Syid Mustafa Alqudri
MD V.U.B (Brussels, Belgium)