Sabtu, 21 April 2012


Eskayvie Lebar Sayap
WARTAWAN SINAR HARIAN

28 Februari 2012

Syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan, Eskayvie Sdn Bhd, optimis memasuki pasaran luar negara menerusi pengedar tunggal di Filipina, India, Kuwait, Arab Saudi dan Emirates Arab Bersatu (UAE) menjelang awal April ini.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed, berkata, Eskayvie kini dalam proses pengeluaran enam produk termasuk produk terbaru, Eskayvie Nutrelle untuk dieksport.

“Selain India dan Filipina, kami juga berhasrat menerokai pasaran Timur Tengah seperti Oman dan Nigeria dalam suku ketiga tahun ini, selepas Brunei, Singapura dan Indonesia pada tahun lalu.

“Bagi memenuhi kapasiti pengeluaran produk, kami menyasarkan membuka kilang sendiri keluasan 0.8 hektar dengan pelaburan RM50 juta di sekitar Shah Alam atau Nilai akhir 2013,” katanya selepas majlis pelancaran produk terbaru Eskayvie Nutrelle sekali gus majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan pengedar tunggal di India dan Filipina.

Hadir sama, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Eksport, Perbadanan Pembangunan perdagangan Luar(Matrade) Datuk Dzulkifli Mahmud dan Ketua Eksekutif Ekskayvie Dr Syid Ayob Asid Mustafa Alqudri.

Menurutnya, kapasiti pengeluaran semasa mencecah 30 ribu botol sebulan dan bakal mengeluarkan sehingga 300,000 botol sebulan apabila kilang baru siap.

Beliau berkata, Eskayvie yakin dapat menghasilkan 15 produk termasuk enam produk sedia ada sepanjang 2012, sekali gus mencapai sasaran 30 produk menjelang akhir 2013.

Katanya, sehingga kini, Eskayvie mempunyai 68 pengedar utama di seluruh negara dan bakal membuka kedai konsep eksklusif Eskayvie ke seluruh negara menerusi sistem Francais.

“Tahun lalu, kami berjaya mencapai perolehan RM6 juta dan kami yakin dapat meningkatkan jualan sehingga lima kali ganda tahun ini,” katanya.

Eskayvie memperkenalkan produk pertama awal tahun lalu, Afeeya Umrahcare, produk kopi, Afeeya Café, dan produk dua dalam satu iaitu Redianze dan Reverse.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan