Jumaat, 14 Disember 2012

PENGAMBILAN BERTERUSAN ESKAYVIE REDIANZE MEMBANTU KESIHATAN SENDI ANDA

Terdapat lebih dari 100 jenis sakit sendi ataupun dikenali sebagai arthritis. Osteoathritis adalah yang paling utama yang terjadi akibat sendi semakin haus akibat dimamah usia. Samalah seperti tayar kereta yang semakin botak apabila lama digunakan. Akan tetapi sama seperti tayar, sendi jika dijaga rapi dan diambil langkah pencegahan ianya lambat haus dan akan bertahan lama. Namun sakit sendi tid
ak semestinya terhad kepada golongan berusia sahaja. Kanak-kanak juga kadangkala boleh menderita akibat arthritis. Pengambilan ubat tahan sakit bukanlah satu penyelesaian kerana betul seperti yang Puan katakan, ia jika diambil secara berterusan dikhuatiri akan menyebabkan masalah buah pinggang dan gastrik. Untuk memahami langkah penyelesaian, saya akan jelaskan terlebih dahulu punca yang meningkatkan risiko sakit lutut:

1. Keturunan

Faktor ini di dapati agak lemah namun sesetengah pesakit sendi mempunyai sejarah yang mana ibu atau bapa mempunyai masalah yang sama.

2. Usia

Walaupun tidak semestinya namun apabila meningkat usia, kadar penyembuhan tulang rawan pada sendi menjadi semakin perlahan dan adalah lebih mudah untuk mengalami masalah ini.

3. Jantina

Wanita berusia 50 tahun ke atas menderita masalah sakit sendi lebih dari lelaki.

4. Berat badan

Ini antara faktor penting kerana setiap kilogram peningkatan berat badan akan menekan sendi di bahagian kaki sebanyak 2-3 kali lebih dari biasa. Keadaan ini samalah jika umpamanya kereta kecil yang lebih muatan akan menyebabkan tayarnya lebih mudah haus.

5. Ahli sukan

Sukan yang agresif seperti bolasepak, ragbi, pelumba lari jarak jauh lebih mudah mengalami sakit sendi di kemudian hari.

6. Kecederaan/Beban yang berterusan pada lutut

Ini boleh dikaitkan dengan jenis pekerjaan yang mana melibatkan terlalu banyak berjalan (lebih dari 4 km sehari), mencangkung, melutut ataupun mengangkat beban yang berat (25kg ke atas) meningkatkan risiko sakit lutut. Manakala kecederaan seperti kemalangan yang melibatkan sendi lutut juga boleh menjadi punca kepada masalah arthritis.

7. Otot peha yang lemah

Kajian menunjukan sokongan otot quadriceps di peha yang kuat penting bagi mencegah masalah sakit lutut.

8. Penyakit yang lain

Pesakit gout, rheumatik dan beberapa penyakit metabolik lain juga boleh mempengaruhi sendi lulut.

Langkah untuk bersenam aerobik dan mengawal berat badan itu amat berfaedah untuk mengawal sakit lutut. Senaman juga amat penting untuk mengekalkan fleksibiliti dan kesihatan sendi. Namun pilihan senaman amat penting. Perlu bijak memilih senaman yang rendah impak terhadap lutut seperti berenang, berbasikal ataupun berjalan kaki. Senaman aerobik yang melibatkan pergerakan lompatan dan berlari (jogging) perlu dielakkan. Senaman menguatkan otot peha dengan menggunakan alatan senaman yang betul juga disyorkan.

Dari sudut pemakanan, disyorkan agar memastikan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buahan sitrus, Vitamin D (sebanyak 400IU sehari , juga boleh didapati dari cahaya matahari pagi) dan Kalsium dari produk tenusu (keju, susu). Kurangkan makanan berlemak dan berkarbohidrat tinggi kerana ianya tidak membantu untuk mengawal berat badan. Makanan yang kaya dengan omega-3 seperti ikan mackerel dan salmon amat berfaedah untuk mengurang radang pada sendi. Jika Puan mengambil Glucosamine, pastikan amalkannya secara berterusan selama sekurang-kurangnya 6 bulan. Walaubagaimanapun, kajian dari NIH (USA) tidak menunjukkan keputusan yang menggalakkan bagi pesakit lutut yang menggunakannya.

Di samping perkara di atas, amat mengesyorkan untuk mengamalkan sejenis pemakanan kesihatan untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaaan yang terkini iaitu REDIANZE. Ia dirumuskan khas dari formulasi terkini yang menggabungkan bahan aktif pada sukatan yang berkesan bagi memberikan keberkesanan yang segera iaitu :

1. HMCP

Ia merupakan sejenis kolagen mudah serap yang bertujuan memperbaiki tulang rawan di bahagian sendi yang semakin menipis. Kajian menunjukkan kesannya memperbaiki masalah sendi seawal 6 hari bagi kes sakit lutut yang tidak serius.

2. AstaREAL®P2AF

Bahan ini membasmi kesan oksidasi yang menyebabkan penyakit kemerosotan diri seperti osteo arthritis (sakit lutut). Ia menunjukkan kesan anti radang yang kuat untuk mengatasi radang sendi. Kajian dari Dr Nir, Spillar dan Prof Andrew Frye menunjukkan pemulihan radang sendi sehingga 93% dari pesakit yang diuji yang turut melibatkan mereka yang mempunyai masalah Carpal Tunnel Syndrom, Rheumatoid arthritis dan Tennis elbow tendonitis.

3. Vitamin C

Vitamin C amat diperlukan untuk meransang sel fibroblast yang menghasilkan kolagen secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Kolagen ini dapat merawat masalah tulang rawan yang semakin haus di bahagian sendi. Ia juga sejenis anti oksidan yang boleh mengelakkan kemerosotan sendi.

Menjaga kesihatan sendi dari awal sebelum ia menjadi lebih serius dan memerlukan pembedahan. Asasnya, kurangkan berat badan, lakukan senaman yang rendah impak dan amalkan makanan yang bernutrisi dan sihat. 

Pengambilan REDIANZE saya jangkakan akan banyak membantu bukan sahaja kesihatan sendi akan tetapi boleh mengekalkan kecantikan kulit dan memelihara kesihatan secara am. Cuma satu sachet sehari dan rasai kelainannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan