Ahad, 6 Januari 2013

Redianze Membantu Menghilangkan Parut


PARUT

* Ada banyak jenis parut yang sememangnya boleh menjejaskan paras kulit seseorang. Masalah yang saudari hadapi ialah parut pigmentasi iaitu parut yang berwarna lebih pekat dari kulit, samada warna perang ke arah kehitaman. Parut yang hitam ini berlaku akibat proses radang yang mengundang pengumpulkan pigmen hitam di bawah kulit. Lapisan kolagen dan elastin di bawah kulit juga boleh terjeja
s yang mana boleh menyebabkan parut itu berlubang ataupun timbul dan kelihatan lebih teruk. Parut selalunya berkekalan. Di sini saya akan berkongsi bagaimana untuk membuatkan parut itu kurang jelas kelihatan :

• Gunakan krim pelindung matahari (sunscreen)
o Melindungkan parut dari sinaran matahari amat penting bagi mengelakkan proses hiperpigmentasi yang menyebabkan parut menjadi hitam-kehitaman. Krim pelindung yang berkeupayaan sekurang-kurangnya SPF 30 yang mengandungi Zink & Titatanium dioksida amat penting bagi melindungi dari sinaran UVA dan UVB . Disyorkan juga untuk melakukan urutan lembut di sekitar luka tersebut bagi melancarkan aliran darah untuk menggalakkan penyembuhan dan mengelakkan terbentuknya parut yang tebal dan ketara.

• Krim penipis parut
o Krim yang mengandungi Vitamin E dan ‘cocoa butter’ boleh melembabkan parut dan mengelakkan parut dari menjadi gatal. Kesan antioksidan Vitamin E juga boleh membantu.

• Lapisan gel silica
o Letakkan lapisan gel silika yang boleh didapati secara mudah di farmasi pada parut setiap hari selama 3 bulan. Ia boleh membantu parut untuk tidak menebal dan kadangkala mampu membantu menjadikan parut itu kelihatan tidak ketara.

• Sembunyikan parut dengan ‘concealer’
o Gunakan ‘concealer’ yang kalis air dan bersepadanan dengan warna kulit anda untuk menyembunyikan parut buat sementara.

• Krim peluntur (bleaching cream)
o Krim ini boleh membantu untuk memutihkan sesetengah parut yang hitam. 

• Suntikan ‘fillers’
o Suntikan ‘filler’ yang mengandungi kolagen ataupun lemak boleh meratakan kembali parut yang dalam. Namun kesan suntikan ini hanya sementara dan perlu diulang secara berkala.

• Suntikan steroid
o Suntikan steroid seperti ‘hydrocortisone’ pada parut dapat meratakan parut yang tebal dan timbul atau yang dinamakan ‘keloid’. Sama seperti ‘fillers’, ia perlu diulang secara berkala apabila perlu.

• Dermabarasion
o Teknik ini menggunakan peralatan khas yang membuang lapisan kulit yang paling atas. Ia dapat mengurangkan ketebalan parut. Microabrasion pula merupakan teknik yang kurang invasif untuk merawat parut yang kecil.

• Teknik laser
o Teknik ini menggunakan laser bagi mengelupaskan kulit di bahagian atas untuk menipiskan parut. Laser juga boleh digunakan untuk meransang lapisan kolagen di bahagian dermis tanpa mempengaruhi lapisan kulit teratas.

• Pembedahan
o Pembedahan estetik boleh dilakukan untuk mengubah saiz, kedalaman ataupun warna parut akan tetapi ia tidak boleh menghilangkan kesan parut secara total. Teknik ini tidak disyorkan kepada parut keloid kerana ia dapat membuatkan parut itu menjadi lebih teruk.

Walaupun terdapat pelbagai teknik untuk menghilangkan parut, ada satu kaedah yang tidak melibatkan suntikan, laser ataupun pembedahan yang saya boleh syorkan untuk membantu iaitu dengan mengamalkan produk yang mempunyai nutrisi yang hebat dan berfaedah untuk mencantikkan kulit dan menghilangkan parut yang hitam. Produk yang saya syorkan ialah REDIANZE iaitu solusi anti penuaan terkini yang dapat membantu mengekalkan kecantikan dan kesihatan anda di samping merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, warna kulit yang tidak sekata termasuk menipis dan meratakan parut. Ia mudah dan selamat digunakan. Antara kandungan aktif di dalam REDIANZE yang dapat membantu ialah :

HMCP
o Ia merupakan sejenis kompleks protein marin yang dapat membentuk semula lapisan kolagen yang rosak di bahagian parut. Ini akan menyokong terutamanya parut yang berlubang agar tidak jelas kelihatan. Di samping itu kesan pengukuhan dapat membantu melembut dan menganjalkan kulit di sekitarnya bagi menyembunyikan kesan parut tersebut.

• AstaREAL®P2AF
o Perlindungan dari kesan oksidasi akibat sinaran matahari amat perlu bagi mengelakkan parut bertukar warna menjadi kehitaman. AstaREAL®P2AF merupakan ahli keluarga karotenoid yang menampilkan kesan ‘internal photoprotector’ atau melindungi kulit dari kesan mudarat sinar UVA dan UVB oleh matahari dari dalaman. Kesan perlindungannya seolah-olah terdapat payung di bawah kulit anda. AstaREAL®P2AF juga merupakan antioksidan yang terkuat di dunia. Kesan antioksidannya lebih 550 kali ganda dari Vitamin E yang mana dapat membantu menghilangkan masalah pigmentasi atau parut yang hitam. Di samping itu AstaREAL®P2AF juga mempamerkan kesan anti-radang yang hebat. Kesan ini mengurangkan pembentukan parut yang ketara dan membantu penyembuhan luka.

• Vitamin C
o Vitamin ini berfaedah untuk menggalakkan sel fibroblast (kilang kolagen) di bawah kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen bagi membantu meratakan dan menganjalkan kulit. Ia juga merupakan sejenis anti-oksidan. Gabungan kuasa anti-oksidan dari Vitamin C dan AstaREAL®P2AF berkesan untuk membuatkan parut anda semakin pudar dan tidak jelas kelihatan.

• Prunus persica
o Ia kaya dengan zat potassium, zat besi dan serat yang dapat menaikkan seri wajah. Kombinasi bahan aktif yang meratakan parut bersama Prunus persica dapat mencantikkan kulit wajah anda tanpa cela yang ditinggalkan oleh kesan parut yang telah diratakan.

* Saya juga syorkan meminum air yang banyak dan bersenam untuk melancarkan aliran darah supaya oksigen dan nutrisi mudah sampai ke keseluruhan kulit bagi menimbulkan impak yang maksima. Amalkan REDIANZE setiap hari dan insyaAllah masalah parut terutamanya yang berwarna kehitaman itu akan tidak lagi menjadi igauan.

~Ulasan Ikhsan Daripada Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Pengasas Produk Eskayvie Redianze ~

4 ulasan:

  1. Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

    BalasPadam
  2. Kak kalau parut kena ekzos mcm mne boleh hilang x???
    Sye de 4 parut....dua parut keloid..dua lgi parut biasa mcm mne nk hilang 100% ke atau 90% jdi lh dh x snggp tgk parut kt betis besar juga.....
    3 tahun sye de parut tu...

    BalasPadam
  3. untuk parut kekal... boleh hilang kaaa.... :(

    BalasPadam
  4. Insha Allah boleh, akan ttapi perlu sdikit masa & pemakanan produk berasaskan collagen yg tepat.

    BalasPadam