Sabtu, 11 Ogos 2012

NUTRELLE : Penyucian Dalaman Untuk Kesihatan


Dunia sekarang amat tercemar! Anda perlu lebih berwaspada terutamanya jika  menetap di bandaraya, kota ataupun di pinggirannya. Kota merupakan antara kawasan yang paling tinggi dicemari. Antara punca-punca yang utama ialah seperti pencemaran bunyi, asap rokok dan ekzos kereta, hujan berasid, asap hitam dari kilang, longkang kotor yang tersumbat, racun serangga dan sampah sarap yang merata.

Syukurlah tubuh manusia dicipta sempurna. Walaupun bumi yang kita diami ini dilambakkan dengan bahan toksid di mana sahaja tidak kira pada udara yang kita bernafas, bumi yang kita dapatkan sumber makanan dan air yang kita minum, badan kita masih berupaya untuk memelihara keutuhannya. 

Badan manusia akan berusaha keras untuk menutralkan toksin pencemaran yang merbahaya itu sambil menggerakkannya supaya keluar dari badan sepanjang masa, walaupun ketika sedang tidur.
Namun, kebanyakan manusia tidak memelihara keadaan tubuh badan mereka. Seperti yang semua maklum, bagi mengekalkan tahap kesihatan, kita perlu menjaga pemakanan, melakukan senaman dan melaksanakan gaya hidup sihat. 

Akan tetapi ramai dari kita yang gagal berbuat demikian. Dan ini merupakan  antara sebab mengapa kita perlu mengamalkan suplemen semulajadi yang memilikki formulasi yang sempurna bagi membantu badan membersihkan diri dari racun toksin yang terkumpul di dalam badan. Ianya amat penting untuk menyokong sistem detoksifikasi badan yang sedia ada bagi mengimbangi tabiat pemakanan dan gaya hidup kita yang tidak sihat.

Untuk lebih jelas, mari kita teliti kajian berikut :  Kajian telah dijalankan oleh Mount Sinai School of Medicine, New York dengan kerjasama EWG (Enviromental Working Group) telah menjumpai 91 unsur pencemaran kimia dari sumber industri dan pelbagai unsur kimia yang lain di dalam sampel darah dan air kencing dari 9 orang sukarelawan dari 5 bandaraya yang berlainan, dengan jumlah besar 167 toksin kimia kesemuanya. Seperti kebanyakan dari kita, 9 orang sukarelawan tersebut tidak langsung  bekerja di persekitaran yang dicemari oleh industri kimia. Dari 167 toksin kimia yang ditemui itu : 
i.  76 dikenalpasti boleh menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan
ii.  94 merupakan bahan toksin kepada otak dan sistem saraf 
iii. 79 boleh menyebabkan kecacatan janin

Mereka ini penghuni kota biasa sama seperti saya dan anda. Pada hakikatnya, jika di uji, tubuh kita juga mungkin dicemari oleh bahan toksin tersebut. Ini dinamakan ‘beban tubuh’ – pengumpulan secara fisiologi pelbagai bahan kimia beracun dan bahan pencemaran yang tidak boleh dielakkan di dalam tubuh badan kita.

Tiada siapa yang mengetahui berapa lama racun kimia yang memasukki tubuh kita tersebut akan kekal menjadi penghuni badan. Kita perlu menggunakan tenaga untuk menyahtoksik racun dan bahan buangan yang kebiasaannya dihasilkan oleh badan. Inikan pula toksin dari luaran, sudah tentulah akan memakai tenaga tambahan bagi menyahtoksiknya. Perkara sedemikian boleh menjejaskan tahap tenaga yang sepatutnya digunapakai bagi mengekalkan proses tubuh yang lain, seperti untuk mengekalkan kelancaran sistem immun, contohnya.

Yang menjadikan keadaan lebih parah selain dari racun kimia ialah pada tahap molekular yang mana kesan merbahaya unsur ‘radikal bebas’ yang menyerang sel-sel tubuh secara berterusan boleh merosakkan DNA dan komponen sel yang lainnya. Kesan mudarat oleh unsur radikal bebas ini sebenarnya bermula sejak kita masih muda, ketika badan masih berupaya untuk mengatasi gejala ini dengan berkesan secara menggantikan sel rosak dengan yang baru. Apabila usia semakin meningkat, keupayaan tubuh merawat diri dan melindunginya dari kerosakan akibat unsur radikal bebas ini semakin merosot. Jika dibiarkan, kesan mudarat akibat radikal bebas ini boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

Walaupun tubuh manusia memiliki keupayaan semulajadi bagi memelihara kesihatan, kita mampu meringankan bebannya. Dengan mengamalkan sokongan suplemen yang melancarkan proses detoksifikasi, ianya mampu membantu tubuh untuk membersihkan diri dari gejala toksin, mengatasinya dengan berkesan sambil menggantikan sel-sel yang telah rosak. Untuk menyokong proses nyahtoksik ini, pastikan anda mengamalkan suplemen yang menggunakan bahan semulajadi sahaja. Sudah tentu kita tidak berupaya meringankan tugas tubuh dengan menambahkan lagi beban pencemar kimia padanya. 

Untuk itu, Eskayvie dengan bangganya memperkenalkan Nutrelle, Dtoxstat Phytofood Formula bagi memenuhi keperluan ini yang pasti memberi nilai kepada pelaburan anda untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan.

NUTRELLE

Memperkenalkan suplemen terkini bagi menyokong proses detoksifikasi dan rejuvenasi yang paling lengkap meliputi kesemua fasa asas bagi penyucian tubuh yang unik dan mantap :

Fasa pertama – Detoksifikasi dengan Plurifiber Blend™

Ramuan proprietari yang unik ini membekalkan serat yang amat perlu di dalam pemakanan masa kini. Ia mengandungi  serat larut dan tidak larut. Kedua-dua serat ini berfaedah bagi meningkatkan isipadu, memudahkan pergerakan usus, mengelakkan penyerapan bahan yang tidak diingini dan menanggalkan lapisan lendir yang melekat pada dinding usus supaya dapat dikeluarkan bersama toksin melalui najis. Proses nyahtoksik tidak hanya berlaku di usus semata-mata, Plurifiber Blend turut membersihkan hati dan sistem aliran darah dari toksin radiasi, kimia dan logam berat.

Fasa kedua - Pemulihan dengan Probiotik


Nutrelle mengandungi kombinasi kuman baik yang harmoni seperti L-Acidophilus, L-Bulgaricus, S-Thermophilus dan B-Bifidum. Kuman-kuman ini membantu untuk mengekalkan keasidan/kealkalian usus yang seimbang, menyenggarakan kebersihan usus dan melawan virus, kulat dan kuman jahat dari menjangkiti usus. Dengan memulihkan keseimbangan flora usus, langkah ini turut membantu penyerapan nutriens dan mengukuhkan pertahanan badan.

Fasa ketiga – Mengoptimumkan dengan Enzymax Complex


Untuk mengoptimumkan proses penghadaman, Enzymax Complex yang merupakan gabungan enzim penghadaman yang lengkap dapat meningkatkan keupayaan badan untuk mencerna makanan, memastikan laluan makanan dan pembuangan najis dengan lebih lancar melalui usus.


Fasa keempat - Rejuvenasi dengan Phytonutrients

Phytonutrients merupakan nutriens organik dari tumbuhan dan buahan yang kaya dengan vitamin, garam galian dan anti oksidan yang sangat diperlukan badan untuk tujuan rejuvenasi agar mampu mencapai keseimbangan kesihatan yang boleh meningkatkan kualiti gaya hidup moden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan