Sabtu, 11 Ogos 2012

~ Pertanyaan & Kemusykilan ~


Bolehkah Saya Mengamalkan REDIANZE sedangkan saya ........

S. Migraine…?

J: Redianze memberi perlindungan otak terhadap serangan toksid radikal bebas yang mungkin membantu memulihkan keadaan migraine seseorang. Ini disebabkan oleh kandungan astaREAL®P2AF yang merupakan satu-satunya antioksidan yang berupaya menembusi selaput otak (blood-brain barrier) dan seterusnya memberi kesan mengatasi stres oksidasi oleh radikal bebas yang melemahkan dan memusnahkan sel-sel otak. Jika berlaku sakit kepala sebagai kesan pemulihan, syor mengambil Redianze sebelum tidur di waktu malam.

S. Saya ada darah tinggi..?

J: Kesan positif Redianze terhadap pesakit darah tinggi :
- Memberi kesan positif kepada tahap kolesterol di dalam darah (menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik). Ini akan membantu mengatasi penyumbatan salurdarah dan melancarkan aliran darah yang boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.

- Terbukti dari kajian dapat merendahkan tekanan darah terutamanya tekanan diastolik.

- Kesan mengatasi radikal bebas dapat mencegah penyakit degeneratif/kemerosotan diri seperti tekanan darah tinggi.
Pesakit darah tinggi disarankan mengambil ubat hospital seperti biasa cuma jarakkan pengambilan Redianze selama setengah jam. Seandainya tekanan darah semakin menurun, dapatkan nasihat doktor samada perlu mengurangkan dos ubat hospital atau mungkin menghentikan pengambilan ubat hospital tersebut dan amalkan Redianze secara berterusan. Lakukan pemeriksaan berkala tekanan darah setiap 3 bulan sekali dan jalani gaya hidup sihat (kurangkan makanan masin dan berlemak, bersenam, elakkan stress, jangan merokok, tidur secukupnya dan kawal berat badan)
Kertas kajian dari ‘Hussein, et all, 2005’
 Penurunan tekanan darah tinggi selepas pengambilan selama 14 hari
 Selepas 5 minggu pengambilan, ia juga dapat menurunkan risiko penyakit strok
 Mekanisme penurunan tekanan darah disebabkan oleh pengaruh modulasi terhadap kesan nitrous oxide.

S. Saya ada tekanan darah rendah…?

J: Redianze tidak memberi kesan negatif kepada mereka yang mempunyai tekanan darah rendah. Malah mungkin ia dapat menstabilkan tekanan darah disebabkan kesan pemulihan terhadap sistem kardiovaskular seseorang. HMCP dapat menganjalkan salur darah bagi mencapai aliran darah yang lebih sempurna.

S. Saya ada alahan pada makanan laut…?

J: Redianze mengandungi kolagen jenis HMCP dan bukannya kolagen biasa yang mudah menyebabkan alahan terutamanya kepada mereka yang alah kepada makanan laut. HMCP mempunyai pengiktirafan ‘bebas allergen’ iaitu bebas dari bahan cemar yang boleh mengakibatkan masalah alahan. Jaminan ini dapat mengurangkan risiko mereka yang sensitif terhadap makanan laut dari mengalami masalah alahan.


S. Saya menghidapi kanser…?

J: Disebabkan kesan positif HMCP meningkatkan sistem imun dan kesan antioksidan yang kuat oleh astaREAL®P2AF, ia berkesan untuk mencegah kanser. Berikut di berikan kajian yang telah dijalankan terhapat penyakit kanser :
 astaREAL®P2AF menyebabkan hati merembeskan enzim tertentu yang dapat membantu mencegah pembentukan kanser hati - Gradelet, et al, 1998.
 Sel tumor yang didedahkan kepada astaREAL®P2AF mempamerkan penurunan kadar sintesis DNA – Sun, et al, 2001.
 astaREAL®P2AF berupaya membantu mengurangkan kadar percambahan sel tumor payudara sebanyak 40% - Kim, et al, 2001.
 Sel kanser usus yang didedahkan selama 4 hari kepada astaREAL®P2AF menjadi semakin lemah – Onogi, et al, 1998.
 3 kesan utama astaREAL®P2AF dapat membantu mencegah kanser atau mengecutkan tumor ialah secara
 Kesan anti oksidan yang kuat
 Kesan meransang sistem immun
 Kesan mengawal selia ekspresi genetik – Rousseau, et al, 1992.
Sebagai rumusan, Redianze memberi sokongan yang mantap sebagai pemakanan tambahan bagi mereka yang menghidapi kanser, akan tetapi rawatan hospital seperti pembedahan, kimo atau radioterapi perlulah diteruskan.


S. Saya dalam rawatan kimoterapi..?

J: Kimoterapi merupakan rawatan yang menggunakan bahan yang dapat membunuh sel kanser yang disuntik kedalam saluran darah pengidap kanser. Ia berkesan membunuh sel kanser namun kesan ini turut terpalit kepada sel-sel yang sihat. Selepas mendapat kimoterapi, pesakit akan rasa lemah tidak bermaya dan kurang berselera. Dalam kes ini, sudah tentu sokongan nutrisi dari pemakanan tambahan seperti Redianze amat diperlukan bagi membantu proses pemulihan dalaman badan pesakit. Disebabkan kesan positif Redianze terhadap pesakit kanser (spt soalan 5), gabungan pemakanan seimbang yang segar dan Redianze amat membantu pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi.

S. Saya mengandung…?

J: Tidak digalakkan mengamalkan Redianze. Walaupun tidak menyebabkan kesan mudarat terhadap janin, ibu yang mengandung tidak disyorkan mengambil sebarang pemakanan tambahan selain dari asid folik dan multivitamin. Proses kehamilan amat sensitif terhadap pengaruh luaran seperti jangkitan, demam, trauma dll. Dikhuatiri seandainya berlaku keguguran disebabkan oleh faktor di atas, ia akan dikaitkan dengan pengambilan pemakanan tambahan. Untuk mengelakkan sebarang kontraversi, sebaiknya ibu yang hamil disyorkan tidak mengamalkan Redianze.


S. Saya masih dalam pantang..?

J: Disyorkan mengambil Redianze kerana ia dapat membantu pemulihan luka dan kesan hamil seperti membantu menghilangkan kenduran kulit dan menegangkan semula kulit perut.

S. Saya mengidap arthritis/sakit sendi..?

J: Kajian menunjukkan kandungan HMCP dan astaREAL®P2AF di dalam Redianze dapat membantu mereka yang mengalami masalah sakit lutut dan sendi terutamanya :
 Rheumatoid arthritis
 Osteo arthritis
 Gout
 Carpal tunnel syndrome
 Frozen shoulder syndrome
 Masalah sendi yang lain
Redianze membantu membekalkan nutrisi atau bahan bina yang perlu bagi pemulihan sendi dan mempamerkan kesan anti radang. Kesan antioksidannya juga dapat mengatasi proses kemerosotan sendi yang boleh menyebabkan kerosakan sendi.


S. Saya ada tonsils..?

J: Dengan meningkatkan sistem pertahanan tubuh, Redianze memberi kesan yang positif terhadap pesakit tonsils.

S. Saya ada gastrik/ulser yang teruk..?

J: Kajian menunjukkan astaREAL®P2AF dapat membunuh kuman Helicobacter pylori yang merupakan punca utama gastrik/ulser yang teruk.

S. Saya baru jalani coronary bypass..?

J: Redianze dapat membantu menggalakkan penyembuhan luka di samping mengawal kolesterol agar tidak lagi menyumbati saluran darah di jantung.

S. Saya ada masalah buah pinggang..?

J: Redianze boleh memberi sokongan nutrisi yang amat diperlukan oleh pesakit buah pinggang. Syarat utama bagi pesakit buah pinggang ialah kurangkan pengambilan air maksudnya Redianze hanya boleh dibancuh di dalam gelas yang berisi seperempat kandungan air sahaja.

S. Saya mengidap kencing manis..?

J: Diabetes merupakan sejenis penyakit metabolik dan kemerosotan diri. Disyorkan pengambilan Redianze untuk membantu menyihatkan pancreas (dari ancaman toksid radikal bebas) dan mencegah komplikasi yang mungkin timbul akibat kencing manis. Ia dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Perlu diingatkan di sini bahawa walaupun Redianze berasa manis, namun kandungan kalorinya rendah iaitu 77 kalori sahaja bagi setiap sachet. Kandungan gula Stevia (gula daun yang tiada kalori walaupun manis) di dalam formulasi Redianze ini tidak menggangu bacaan gula bagi pesakit kencing manis.

S. Saya mengalami kitaran haid yang bermasalah..?

J: Redianze tiada kandungan hormon dan tidak mempengaruhi kitaran haid.

S. Mengapa Redianze tiada cop kelulusan Kementerian Kesihatan?

J: Redianze dikategorikan sebagai pemakanan tambahan dan bukan ubat berdaftar yang memerlukan tanda MAL. Walaupun Redianze mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, namun kelulusannya di bawah Akta Makanan iaitu BKKM yang tidak perlu mempamerkan tanda MAL.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan