Rabu, 6 November 2013

Bagaimana Eskayvie REDUZE membakar lemak anda??

SOALAN 1
Sebagai seorang doktor perubatan, saya yakin Doktor pasti berhadapan dengan ramai pesakit yang obes yang ingin melangsingkan badan. Apakah selalunya merupakan komen mereka?

** DR SYID AYOB
Antara komen yang selalu diutarakan oleh pesakit saya,
• Saya dah cuba pelbagai cara untuk diet tapi tak berkesan
• Lagi saya diet lagi saya naik berat badan
• Saya nakkan bahan bantuan yang boleh memberikan saya langsing secara berkekalan.

Ramai dari mereka yang ingin langsing secara percuma, maksudnya nak kurus macam magik. Tapi ramai yang tidak sedar, melangsingkan badan ini memerlukan usaha yang berterusan seperti senaman secara teratur, pemilihan makanan yang bijak dan mengamalkan suplemen yang boleh membantu membakar lemak. 

Di sini Eskayvie telah mengeluarkan produk pelangsingan badan yang hebat dan berkesan iaitu Eskayvie Reduze. Mengandungi bahan semulajadi, bebas dari dadah merbahaya seperti Sibutramine, dan yang penting kesannya terbukti dari sudut klinikal.


SOALAN 2
Eskayvie REDUZE, solusi untuk melangsingkan tubuh secara sihat. Bagaimana sebenarnya Doktor, suplemen ini boleh membantu untuk membakar lemak?

** DR SYID AYOB

Eskayvie REDUZE terbukti mampu membantu pembakaran lemak dan melangsingkan tubuh dengan berkesan.
Antara bahan kandungannya yang hebat ialah SVETOL®, berasal dari Avignon, Perancis. Ia merupakan bahan aktif berkualiti tinggi yang sedang menempah nama sebagai bahan pelangsingan semulajadi yang paling popular di Amerika Syarikat masa kini. 

Sehinggakan dalam rancangan kesihatan yang dikendali oleh Dr Oz, seorang doktor selebriti di sana, telah mengesyorkan SVETOL® sebagai bahan pelangsing nombor satu yang berkesan. 

SVETOL® adalah ekstrak dari biji kopi hijau yang ternyah kafein dari spesis Coffea canephora robusta Pierre. Bahan yang membuatkan SVETOL® ini benar-benar berkesan ialah asid klorogenik yang mana SVETOL® mengandungi lebih dari 45% kandungan tersebut. Asid klorogenik ini membantu pelangsingan melalui beberapa cara iaitu :
• Menghalang penyerapan gula dari sistem digestif ke dalam darah
• Menghalang pembebasan gula simpanan dari organ hati
• Mengecutkan saiz sel-sel lemak

Mekanisme yang berlaku sebenarnya ialah ketika gula dalam darah menjadi rendah akibat penyerapan yang terhalang, otak akan merangsang pembebasan gula simpanan dari hati. Jika ini juga dihalang, maka badan perlu membakar lemak untuk menghasilkan gula. Dengan cara ini, lemak akan terbakar secara konsisten dari sel-sel lemak yang seterusnya akan mengecut.
Terdapat 8 kajian klinikal sedunia yang telah dijalankan menunjukkan keberkesanan SVETOL® sebagai agen pembakar lemak yang efektif. Kajian tersebut juga membuktikan SVETOL® bebas dari kesan sampingan malah mengandungi 2x ganda kuasa anti-oksidan yang memberi perlindungan kepada kesihatan secara amnya. Kajian yang dikeluarkan di dalam jurnal saintifik Phytothérapie di Perancis menunjukkan keputusan pengurangan berat badan sekurang-kurangnya 5.7% setelah pengambilan selama 60 hari. Ini bukan penurunan kadar air di dalam badan seperti yang terjadi apabila mengamalkan diet-diet kebiasaan. Ianya berkekalan. 
Selain dari itu, Eskayvie REDUZE™ turut mengandungi pelbagai bahan aktif lain di dalam seperti :

• Fitt-NS
Bahan terkaji juga dari Perancis yang terbukti dapat mengurangkan ukurlillit perut, pinggul dan peha. Ia mengandungi polifenol yang aktif membakar lemak.

• Irvingia gabonensis
Ekstrak dari mangga Afrika ini bertindak merangsang kepekaan hormon Leptin iaitu hormon yang memberi rasa kenyang.

• Fibrenox
Ia merupakan gandingan serat larut dan tidak larut yang memerangkap lemak di dalam usus supaya tidak diserap badan.

• Aminoforte
Kombinasi pelbagai asid amino sebagai asas kepada sumber protein yang amat diperlukan oleh badan bagi menggantikan sel-sel otot yang baru dan meningkatkan metabolisme.

• Stevia
Gula daun yang tidak mengandungi kalori.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan