Selasa, 16 September 2014

Info Sihat 2 : Suburkan Sperma Anda


"Ada yang bertanya kepada saya bagaimana untuk meningkatkan kualiti sperma kerana sudah 2 tahun berkahwin, tapi masih lagi belum mendapat cahaya mata. Bagaimana ingin selesaikan?" - Dr. Syid Ayob.

JAWAPAN:

Lelaki dewasa menghasilkan 100 juta sperma sehari, atau lebih kurang 1,000 sperma setiap degupan jantung. Secara ringkas, sperma yang subur bergantung kepada beberapa paras rujuk:

1. Bilangan sperma
Lelaki dianggapkan subur dengan bilangan melebihi 48 juta sperma setiap ml air mani. Jumlah kurang dari 13.5juta dikategorikan sebagai kurang subur.

2. Motiliti (pergerakan) sperma
Tahap kesuburan yang baik ialah apabila 63% dari sperma itu dikesan bergerak secara normal manakala kurang subur jika peratusnya di bawah 32%.

3. Morfologi (bentuk) sperma
Jika sperma yang dikesan berbentuk normal melebihi 12% maka ia menandakan kesuburan. Paras di bawah 9% pula kurang subur.

Dalam kebanyakan kes, bagi mendapatkan sperma yang subur dan berkualiti ialah secara membekalkan bahan nutrisi yang mencukupi bagi menghasilkan sperma dan seterusnya memastikan gaya hidup yang sihat supaya tidak menjejaskan penghasilan dan kualiti sperma tersebut. Langkah bagi menghasilkan sperma yang sihat termasuklah:

1. Mengekalkan berat badan yang optima
Lemak badan yang terlalu sedikit ataupun terlalu banyak boleh menjejaskan penghasilan hormon-hormon kesuburan lelaki seperti GnRH, LH, FSH dan testosterone.

2. Bersenam secukup dan sekadarnya
Menjadi aktif dari sudut fizikal adalah sangat baik bagi kesuburan. Akan tetapi senaman yang terlalu memenatkan secara berulang kali dapat menjejaskan tahap hormon kesuburan lelaki sehinggakan boleh menjejaskan kualiti sperma.

3. Mengawal stress
Stres dan tekanan emosi akan meningkatkan penghasilan hormon kortisol yang mana boleh menyebabkan perubahan kepada penghasilan hormon-hormon kesuburan lelaki.

4. Hindari dari perkara yang menjejaskan bilangan dan kualiti sperma :

• Elakkan dari mendedahkan testikel kepada suhu yang panas
>>>> Seluar dalam yang ketat, duduk dalam tempoh yang lama, menggunakan komputer riba di atas peha terlalu lama, berada dalam persekitaran kerja yang panas dan berendam dalam air panas melebihi setengah jam boleh meningkatkan suhu kerandut telur dan mengurangkan bilangan sperma.

• Jangan mengamalkan steroid anabolik, ubat anti-androgen, suplemen yang berasaskan testosteron dan ubat Cimetidine.
>>>> Kesemua bahan ini mengurangkan kesuburan secara menjejaskan penghasilan sperma. Ubat anti androgen selalu digunakan bagi mengatasi keguguran rambut/botak (male-pattern baldness) manakala ubat Cimetidine bagi merawat gastrik.

• Elakkan diri dari merokok, menggunakan ganja dan meminum arak.
>>>> Merokok (termasuk mengunyah tembakau), penyalahgunaan ganja dan selalu meminum arak adalah faktor yang selalu dikaitkan dengan bilangan sperma yang rendah. Terdapat juga kajian yang menunjukkan penggunaan bahan di atas secara berlebihan dikaitkan dengan kerosakkan pada DNA sperma sehingga dapat mengakibatkan perkembangan janin yang abnormal dan meningkatkan risiko kanser bagi generasi akan datang.

Di samping menjaga langkah-langkah yang telah dinyatakan, sebagai suplemen terkini yang saya boleh syorkan bagi membantu kesuburan sperma lelaki ialah REDIANZE. Sebenarnya suplemen ini merupakan pemakanan anti-penuaan yang membekalkan bahan aktif yang telah dikaji mampu membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Hasil menggunakan sukatan yang effektif, REDIANZE mampu memberi kesan yang segera yang ketara. 
Untuk kesuburan sperma, bahan aktif yang membantu ialah :
1. HMCP
Ia membekalkan bahan mentah yang penting bagi pembentukan sperma yang mempunyai keanjalan bagi pergerakan (motiliti) yang sihat.
2. AstaREAL®P2AF
Sejenis antioksidan yang mempunyai potensi terkuat di dunia. Mengikut kajian bagi lelaki yang mengamalkannya dapat meningkatkan pergerakan (motiliti), kelajuan dan bentuk (morfologi) yang menhasilkan sperma yang berkualiti dan subur (Comhaire and Mahmoud, 2003, and Comhaire, et al, 2005).
3. Vitamin C 
Ia melindungi sperma dari kerosakan akibat proses oksidasi dan memulihkan kualiti sperma terutamanya bagi perokok. Sesetengah lelaki menghidapi masalah sperma yang melekat di antara satu sama lain membentuk ketulan (agglutinasi) yang mana keadaan ini menjejaskan kesuburan. Vitamin C didapati berupaya mengurangkan masalah agglutinasi sperma.

Dengan mengikuti langkah mengekalkan kesuburan sperma di atas dan mengamalkan REDIANZE, insyaAllah saya yakin dapat membantu kualiti sperma anda. Saya juga nasihatkan untuk anda dan pasangan menjalani pemeriksaan kesuburan yang lengkap bagi mengetahui punca infertiliti yang sebenarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan