Selasa, 16 September 2014

Info Sihat 1 : Sebu Tanda Sakit Jantung


Ramai yang leka tentang tanda-tanda awal sakit jantung. Ramai juga yang tidak menyedari bilakah penyakit ini akan menyerang. Tahukah anda, penyakit jantung merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital.

Ada pelanggan yang bertanyakan kepada Dr Syid Ayob tentang tanda-tanda penyakit jantung. Berikut adalah jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada doktor. 

JAWAPAN

Sakit jantung bagi wanita merupakan pembunuh no 1 di Malaysia. Dikatakan 1 dari 3 wanita bakal akan mengalami masalah jantung di dalam hidup mereka. Di dunia 17.3 juta orang meninggal akibat sakit jantung setiap tahun dan 8.6 juta dari mereka adalah wanita. Maksudnya sakit jantung ini bukan penyakit yang khusus kepada golongan lelaki sahaja. Tanda sakit jantung pada wanita agak berbeza sedikit dari lelaki dan mungkin tidak menfokus keadaan rasa sakit pada bahagian dada. Faktor ini menyebabkan mereka keliru dan lambat ke hospital yang mana mungkin meningkatkan lagi komplikasi sakit jantung atau maut akibat sakit jantung. Saya nyatakan di bawah perbezaan tanda sakit jantung yang mungkin berlaku :

Tanda sakit jantung yang mungkin pada lelaki dan wanita:

• Rasa ketat dan tekanan pada dada
• Sukar untuk bernafas
• Peluh sejuk
• Sakit merebak di bahagian bahu, leher, lengan kiri dan rahang.
• Pening, loya atau muntah
• Pengsan

Tanda sakit jantung yang lebih khusus kepada wanita :

• Rasa sebu dan berangin
• Pening dan loya
• Rasa letih yang teramat
• Tidak selesa di bahagian antara tulang belikat
• Rasa dada seperti penuh dan tertekan
• Gelisah tidak menentu
• Tidur terganggu yang berlarutan
• Sakit belakang

Risiko wanita mengalami sakit jantung lebih lewat dari usia lelaki yang mengalaminya selepas usia 50an. Wanita selalunya lewat 10 – 15 tahun iaitu sekitar 65 – 70 tahun. Ini dijangkakan akibat pengaruh perlindungan dari hormon wanita iaitu estrogen yang semakin pudar selepas usia menopaus. Walaubagaimanapun di zaman moden ini, akibat gaya hidup yang kurang sihat, stres dan tabiat pemakanan yang buruk, masalah jantung boleh melanda wanita walaupun ketika usia yang lebih muda.

Suplemen yang boleh membantu mengatasi penyumbatan saluran darah jantung amat disyorkan seperti Eskayvie REDIANZE™. Ia merupakan formulasi saintis antipenuaan yang menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti Astareal®P2AF dari Gustavberg Sweden. Selain dari itu, bahan ini turut terbukti dari lebih dari 300 kajian sains antarabangsa yang diterbitkan di dalam jurnal saintifik. Eskayvie Redianze membantu pesakit jantung dengan mengawal faktor risiko sakit jantung iaitu 

• Membantu mengawal tahap kolestrol dalam darah. Lemak ini yang sebenarnya menyumbat salurdarah di jantung. Kajian Prof Yoshida dari Jepun menunjuk penurunan tahap kolestrol sebanyak 25% dalam masa 4 minggu selepas mengamalkannya. Kajian beliau juga menunjukkan peningkatan HDL sejenis bahan yang boleh membuka semula salurdarah yang tersumbat oleh kolesterol.

• Membantu menstabilkan tekanan darah tinggi. Kajian dari Dr Yonei yang dikeluarkan dalam majalah Food for Anti Aging menunjukkan penurunan tekanan darah sistolik sebanyak 5% dan diastolic sebanyak 7% selepas pengambilan bahan aktif Redianze iaitu Astareal®p2AF selama 4 minggu.

• Membantu merendah CRP atau Cardio Reactive Protein iaitu satu penanda aras risiko sakit jantung.
• Suplemen ini kaya dengan khasiat antioksidan yang terkuat di dunia iaitu menyamai 6,000x ganda kesan Vitamin C. Ia berupaya untuk mencegah kesan oksidasi atau lipid peroxidation dengan mengatasi punca nya iaitu menutralkan radikal bebas yang merupakan penyebab kepada artherosclerosis iaitu penyumbatan salur darah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan