Bolehkah Saya Mengamalkan REDIANZE sedangkan saya ........
S. Migraine…?
J: Redianze memberi perlindungan otak terhadap serangan
toksid radikal bebas yang mungkin membantu memulihkan keadaan migraine
seseorang. Ini disebabkan oleh kandungan astaREAL®P2AF yang merupakan
satu-satunya antioksidan yang berupaya menembusi selaput otak (blood-brain
barrier) dan seterusnya memberi kesan mengatasi stres oksidasi oleh radikal
bebas yang melemahkan dan memusnahkan sel-sel otak. Jika berlaku sakit kepala
sebagai kesan pemulihan, syor mengambil Redianze sebelum tidur di waktu malam.
S. Saya ada darah tinggi..?
J: Kesan positif Redianze terhadap pesakit darah tinggi :
- Memberi kesan positif kepada tahap kolesterol di dalam
darah (menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik). Ini akan
membantu mengatasi penyumbatan salurdarah dan melancarkan aliran darah yang
boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.
- Terbukti dari kajian dapat merendahkan tekanan darah
terutamanya tekanan diastolik.
- Kesan mengatasi radikal bebas dapat mencegah penyakit
degeneratif/kemerosotan diri seperti tekanan darah tinggi.
Pesakit darah tinggi disarankan mengambil ubat hospital
seperti biasa cuma jarakkan pengambilan Redianze selama setengah jam.
Seandainya tekanan darah semakin menurun, dapatkan nasihat doktor samada perlu
mengurangkan dos ubat hospital atau mungkin menghentikan pengambilan ubat
hospital tersebut dan amalkan Redianze secara berterusan. Lakukan pemeriksaan
berkala tekanan darah setiap 3 bulan sekali dan jalani gaya hidup sihat
(kurangkan makanan masin dan berlemak, bersenam, elakkan stress, jangan
merokok, tidur secukupnya dan kawal berat badan)
Kertas kajian dari ‘Hussein, et all, 2005’
Penurunan tekanan darah tinggi selepas pengambilan selama 14
hari
Selepas 5 minggu pengambilan, ia juga dapat menurunkan
risiko penyakit strok
Mekanisme penurunan tekanan darah disebabkan oleh pengaruh
modulasi terhadap kesan nitrous oxide.
S. Saya ada tekanan darah rendah…?
J: Redianze tidak memberi kesan negatif kepada mereka yang
mempunyai tekanan darah rendah. Malah mungkin ia dapat menstabilkan tekanan
darah disebabkan kesan pemulihan terhadap sistem kardiovaskular seseorang. HMCP
dapat menganjalkan salur darah bagi mencapai aliran darah yang lebih sempurna.
S. Saya ada alahan pada makanan laut…?
J: Redianze mengandungi kolagen jenis HMCP dan bukannya
kolagen biasa yang mudah menyebabkan alahan terutamanya kepada mereka yang alah
kepada makanan laut. HMCP mempunyai pengiktirafan ‘bebas allergen’ iaitu bebas
dari bahan cemar yang boleh mengakibatkan masalah alahan. Jaminan ini dapat
mengurangkan risiko mereka yang sensitif terhadap makanan laut dari mengalami
masalah alahan.
S. Saya menghidapi kanser…?
J: Disebabkan kesan positif HMCP meningkatkan sistem imun
dan kesan antioksidan yang kuat oleh astaREAL®P2AF, ia berkesan untuk mencegah
kanser. Berikut di berikan kajian yang telah dijalankan terhapat penyakit
kanser :
astaREAL®P2AF menyebabkan hati merembeskan enzim tertentu
yang dapat membantu mencegah pembentukan kanser hati - Gradelet, et al, 1998.
Sel tumor yang didedahkan kepada astaREAL®P2AF mempamerkan
penurunan kadar sintesis DNA – Sun, et al, 2001.
astaREAL®P2AF berupaya membantu mengurangkan kadar
percambahan sel tumor payudara sebanyak 40% - Kim, et al, 2001.
Sel kanser usus yang didedahkan selama 4 hari kepada
astaREAL®P2AF menjadi semakin lemah – Onogi, et al, 1998.
3 kesan utama astaREAL®P2AF dapat membantu mencegah kanser
atau mengecutkan tumor ialah secara
Kesan anti oksidan yang kuat
Kesan meransang sistem immun
Kesan mengawal selia ekspresi genetik – Rousseau, et al,
1992.
Sebagai rumusan, Redianze memberi sokongan yang mantap
sebagai pemakanan tambahan bagi mereka yang menghidapi kanser, akan tetapi
rawatan hospital seperti pembedahan, kimo atau radioterapi perlulah diteruskan.
S. Saya dalam rawatan kimoterapi..?
J: Kimoterapi merupakan rawatan yang menggunakan bahan yang
dapat membunuh sel kanser yang disuntik kedalam saluran darah pengidap kanser.
Ia berkesan membunuh sel kanser namun kesan ini turut terpalit kepada sel-sel
yang sihat. Selepas mendapat kimoterapi, pesakit akan rasa lemah tidak bermaya
dan kurang berselera. Dalam kes ini, sudah tentu sokongan nutrisi dari
pemakanan tambahan seperti Redianze amat diperlukan bagi membantu proses
pemulihan dalaman badan pesakit. Disebabkan kesan positif Redianze terhadap
pesakit kanser (spt soalan 5), gabungan pemakanan seimbang yang segar dan
Redianze amat membantu pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi.
S. Saya mengandung…?
J: Tidak digalakkan mengamalkan Redianze. Walaupun tidak
menyebabkan kesan mudarat terhadap janin, ibu yang mengandung tidak disyorkan
mengambil sebarang pemakanan tambahan selain dari asid folik dan multivitamin.
Proses kehamilan amat sensitif terhadap pengaruh luaran seperti jangkitan,
demam, trauma dll. Dikhuatiri seandainya berlaku keguguran disebabkan oleh
faktor di atas, ia akan dikaitkan dengan pengambilan pemakanan tambahan. Untuk
mengelakkan sebarang kontraversi, sebaiknya ibu yang hamil disyorkan tidak
mengamalkan Redianze.
S. Saya masih dalam pantang..?
J: Disyorkan mengambil Redianze kerana ia dapat membantu
pemulihan luka dan kesan hamil seperti membantu menghilangkan kenduran kulit
dan menegangkan semula kulit perut.
S. Saya mengidap arthritis/sakit sendi..?
J: Kajian menunjukkan kandungan HMCP dan astaREAL®P2AF di
dalam Redianze dapat membantu mereka yang mengalami masalah sakit lutut dan
sendi terutamanya :
Rheumatoid arthritis
Osteo arthritis
Gout
Carpal tunnel syndrome
Frozen shoulder syndrome
Masalah sendi yang lain
Redianze membantu membekalkan nutrisi atau bahan bina yang
perlu bagi pemulihan sendi dan mempamerkan kesan anti radang. Kesan
antioksidannya juga dapat mengatasi proses kemerosotan sendi yang boleh
menyebabkan kerosakan sendi.
S. Saya ada tonsils..?
J: Dengan meningkatkan sistem pertahanan tubuh, Redianze
memberi kesan yang positif terhadap pesakit tonsils.
S. Saya ada gastrik/ulser yang teruk..?
J: Kajian menunjukkan astaREAL®P2AF dapat membunuh kuman
Helicobacter pylori yang merupakan punca utama gastrik/ulser yang teruk.
S. Saya baru jalani coronary bypass..?
J: Redianze dapat membantu menggalakkan penyembuhan luka di
samping mengawal kolesterol agar tidak lagi menyumbati saluran darah di
jantung.
S. Saya ada masalah buah pinggang..?
J: Redianze boleh memberi sokongan nutrisi yang amat
diperlukan oleh pesakit buah pinggang. Syarat utama bagi pesakit buah pinggang
ialah kurangkan pengambilan air maksudnya Redianze hanya boleh dibancuh di
dalam gelas yang berisi seperempat kandungan air sahaja.
S. Saya mengidap kencing manis..?
J: Diabetes merupakan sejenis penyakit metabolik dan
kemerosotan diri. Disyorkan pengambilan Redianze untuk membantu menyihatkan
pancreas (dari ancaman toksid radikal bebas) dan mencegah komplikasi yang
mungkin timbul akibat kencing manis. Ia dapat membantu menstabilkan kandungan
gula dalam darah. Perlu diingatkan di sini bahawa walaupun Redianze berasa
manis, namun kandungan kalorinya rendah iaitu 77 kalori sahaja bagi setiap
sachet. Kandungan gula Stevia (gula daun yang tiada kalori walaupun manis) di dalam
formulasi Redianze ini tidak menggangu bacaan gula bagi pesakit kencing manis.
S. Saya mengalami kitaran haid yang bermasalah..?
J: Redianze tiada kandungan hormon dan tidak mempengaruhi
kitaran haid.
S. Mengapa Redianze tiada cop kelulusan Kementerian
Kesihatan?
J: Redianze dikategorikan sebagai pemakanan tambahan dan
bukan ubat berdaftar yang memerlukan tanda MAL. Walaupun Redianze mendapat
kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, namun kelulusannya di bawah Akta
Makanan iaitu BKKM yang tidak perlu mempamerkan tanda MAL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan