S. Berapa kapsul yang perlu saya ambil sehari?
J. 2 kapsul selepas sarapan.
S. Bagaimana cara pengambilannya?
J.Seeloknya Reverse dimulakan pengambilannya selepas haid. Reverse tidak disyorkan diambil ketika haid utk mengelakkan gangguan pada
kitaran semulajadi estrogen pada pusingan haid yang biasa. Bagi melancarkan
kitaran haid, ambil Reverse pada hari ke 7 hingga ke 30 pada kalendar kitaran
haid yang biasa, manakala di hari 1 – 6 hentikan pengambilan.
Pengambilan Reverse dihentikan sementara ketika haid dan dimulakan semula selepas haid.
Begitu lah seterusnya. Bagi wanita yang menopaus, Reverse boleh diambil
berterusan tanpa henti.
S. Berapa umur wanita yang boleh mengamalkan Reverse?
J. Reverse disyorkan untuk wanita 18 tahun ke atas. Sangat
disyorkan bagi golongan wanita berusia 35 tahun ke atas kerana sewaktu itu
paras estrogen sudah semakin menurun. Amat disyorkan kepada wanita yang
menopaus kerana di kala itu paras estrogen sangat rendah dan pengambilan Reverse boleh membantu mengatasi gejala yang bersangkutan dengan menopaus.
S. Siapakah golongan yang tidak disyorkan untuk mengambil
Reverse?
J. Gadis di bawah umur 18 tahun
Wanita yang sedang hamil (Boleh terus amalkan Reverse
selepas bersalin)
Wanita yang sedang atau pernah menghidapi kanser yang
berkait dengan organ seksual wanita (payudara, rahim dan ovari).
S. Berapa lama perlu saya amalkan Reverse?
J. Untuk keberkesanan yang paling optima, anda digalakkan untuk
mengambil Reverse sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Walaubagaimanapun selepas
6 bulan, anda juga boleh mengamalkan Reverse secara berterusan dengan selamat
bagi mengekalkan menfaatnya.
S. Jika saya mengamalkan produk lain, bolehkah saya
mengambil Reverse?
J. Reverse ialah produk herba semulajadi dan tidak mengganggu
keberkesanan produk kesihatan yang lain.
S. Bagaimana jika saya sedang mengamalkan pil perancang
keluarga?
J. Tiada masalah. Cuma kesan Reverse tidak begitu mantap kerana
kandungan phytoestrogennya perlu bersaing dengan hormon estrogen yang ada di
dalam pil perancang keluarga. Untuk mendapat keberkesanan yang optima, anda
boleh menggunakan kaedah lain untuk merancang keluarga seperti IUD, kondom dll.
S. Mengapa Reverse dihasilkan di dalam bentuk kapsul dan
tidak di dalam bentuk cecair seperti produk yang lain?
J. Ekstrak herba yang terdapat di dalam Reverse dihasilkan
melalui teknik ‘spray drying’. Serbuk yang terhasil agak pahit dan adalah lebih
selesa ditelan dalam bentuk kapsul. Dengan menggunakan serbuk juga dapat
memberikan sukatan yang lebih tepat setiap kapsul. Ia mudah dimuatkan di dalam
beg tangan agar mudah dibawa ke mana-mana supaya dapat mengikuti peraturan pengambilan
Reverse secara teratur.
S. Saya khuatiri kapsul yang digunakan tidak HALAL...
J. Kapsul yang digunapakai dibuat dari sayuran. Reverse telah
mendapat pengesahan HALAL dari JAKIM supaya pengguna dapat mengamalkannya tanpa
rasa was-was.
S. Adakah terdapat kesan tindakbalas jika saya mengambil Reverse?
J. Antara kesan tindakbalas utama yang mungkin berlaku
termasuklah :
Bagi mereka yang kebiasaannya mengalami sakit kepala dan
sakit perut sebelum/ketika datang haid, pada peringkat permulaan (3-4 hari),
anda mungkin mengalami simptom yang sama.
Walaubagaimanapun kesan ini akan hilang setelah badan anda sudah biasa kepada pengambilan Reverse.
Walaubagaimanapun kesan ini akan hilang setelah badan anda sudah biasa kepada pengambilan Reverse.
Rasa tidak selesa pada payudara akibat kesan menegang dan
proses pembesaran payudara.
Peningkatan perembesan cecair pelembab/pelincir di
bahagian faraj akibat proses pengecutan rahim
Bagi wanita yang telah menopaus, kemungkinan berlaku
pendarahan haid yang bersifat sementara dan tidak perlu dikhuatiri
S. Adakah kesan sampingan seandainya saya memberhentikan
pengambilan Reverse?
J. Reverse tidak menyebabkan ketagihan. Seandainya anda
(terutamanya jika melewati usia 40 an) memberhentikan pengambilan Reverse,
kesan yang anda alami sebelumnya spt pembesaran dan penegangan payudara, kulit
yang semakin licin, gebu dan cantik, rambut yang lebat dll akan perlahan-lahan
kembali kepada keadaan asal memandangkan badan anda berada pada tahap yang mana
hormon estrogen semulajadi sudahpun menyusut. Namun demikian kesan tersebut
akan kembali apabila anda mengamalkan Reverse semula.
S. Adakah memadai saya mengambil Reverse sahaja sebagai
pemakanan tambahan untuk menjaga kesihatan saya?
J. Tidak kerana Reverse berfungsi menyerlahkan sifat-sifat
kewanitaan dan mengatasi gejala menopaus. Ia bertindak menggunakan bahan aktif
yang merupakan phytoestrogen. Paling sesuai jika ia digabungkan dengan
pengambilan Redianze yang mana akan memberi kesan terbaik bagi penjagaan
kesihatan, kecantikan dan keanggunan wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan