Koleksi Artikel Kecantikan Bersama
Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri
Pengasas Produk Eskayvie Sdn Bhd
Soalan
Assalamualaikum
Doktor. Saya seorang gadis sekitar 20an. Masalah yang saya hidapi sejak di
bangku sekolah menengah ialah sering sakit kepala. Serangan sakit kepala ini
sangatlah sakithingga kadangkala saya terbaring 2 hari tidak bangun dan
kadangkala hanya pulih dengan suntikan. Doktor pakar mengatakan saya menghidapi
migraine dan menyuruh saya menyimpan diari migraine, iaitu untuk mengenalpasti
punca dan faktor yang menyebabkan serangan migraine yang saya alami. Dan sekiranya
saya mengenali faktor tersebut saya boleh cegah penyakit migraine saya. Saya pohon jasabaik doktor untuk membincangkan
sebab penyebab migraine agar saya lebih memahami. Apakah jenis produk Eskayvie
yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah saya ini? Terimakasih atas
keperihatinan doktor.
Dari
Sarah
Temerloh,
Pahang.
Jawapan
Tujuan mengadakan diari migrain ini sebenarnya bagi
mengenalpasti punca migraine saudari. Bila diketahui puncanya maka mudahlah
saudari mengelakkan punca itu dan selanjutnya menghindari dari serangan
migraine tersebut. Berikut disenaraikan 10 faktor-faktor penyebab migraine yang
dikenalpasti :
Makanan
Satu atau lebih
makanan ini perlu anda kenali kerana mungkin anda lebih sensitif terhadapnya.
Bacalah label yang tertera pada pembungkusan makanan untuk mengetahui
kandungannya. Antaranya ialah :
Pisang, buah
pala, kismis, produk tenusu (keju, aiskrim, krim, susu, yoghurt), jeruk, buah
citrus, betik, plum, kicap, perasa makanan (MSG), avokado, cokelat, kacang,
mentega kacang, bawang, kacang peas, daging proses yang mengandungi nitrit,
saccharin/aspartame (diet soda), belacan, kentang yang diproses, makanan
mengandungi ragi (donut, roti) dll.
Kafein
Minuman atau
makanan yang mengandungi kafein boleh menyebabkan atau mengubati migrain yang
mana bergantung kepada keserasian individu. Kafein terdapat di dalam kopi, minuman soda (cola), teh,
cokelat, minuman tenaga dan suplemen makanan bagi melansingkan badan.
Stres dan
perubahan emosi
Tekanan, marah, kemurungan dapat menyebabkan
migrain. Kadangkala perasaan yang terlalu gembira juga boleh mengakibatkan
migrain. Kaedah mengatasi stres amat penting utk dipelajari bagi
mengawal serangan migraine.
Ransangan deria
terlampau
Ransangan deria
yang kuat spt bau minyak wangi, bau rokok, bau cat atau thinner, ammonia dan
bau masakan juga boleh menyebabkan migrain. Lampu terang yang berkelip, sinar
matahari yang terik atau pergerakan (spt
dalam kereta atau keretapi) juga boleh menyebabkan migrain. Selalu siapsediakan
kacamata hitam untk digunakan di waktu cahaya terik dan mengelakkan dari
mengikuti jalan berliku boleh membantu.
Masalah tidur
Terlalu banyak atau kurang tidur termasuk
tidur yang terganggu dapat menyebabkan migrain. Pastikan anda mendapat tidur
berkualiti yang mencukupi (6 hingga 8 jam).
Perubahan suhu
dan ketinggian
Perubahan cuaca
dan suhu yang mendadak seperti terkena hujan ketika cuaca panas boleh
menyebabkan migrain. Berada pada paras ketinggian yang tinggi juga boleh
mengakibatkan migrain spt ketika mendaki gunung.
Faktor fizikal
Aktiviti yang
berlebihan spt senaman terlampau termasuklah mengangkat benda yang berat boleh
menyebabkan migraine.
Lapar
Keadaan terlalu
lapar atau hypoglycemia(kandungan gula rendah dalam darah) boleh mengakibatkan
migrain. Makanlah pada waktunya.
Perubahan hormon
Migrain boleh menyerang ketika wanita
mengalami haid atau putus haid. Ini disebabkan perubahan tahap hormon di dalam
badan. Pil perancang keluarga juga boleh menjadi penyebab.
Kesan sampingan ubatan
Ubat yang mengembangkan salurdarah spt
hydralazine dan nifedipine (ubat darah tinggi). Yang lain termasuk
lah ubatan spt cimetidine(untuk gastrik), fenfluramine(ubat diet), indomethacin
(ubat sakit sendi), nitroglycerine(ubat jantung), theophylline (ubat asthma),
estrogen (HRT dan pil perancang keluarga). Berbincanglah dengan doktor bagi mendapat ubat yang serasi dengan anda.
Catatkan
di dalam diari anda segala perkara yang anda lakukan, makan, aktiviti, suhu dan
sebagainya sebelum diserang migraine. Perkara yang sering dicatat berulang-ulang,
itulah kemungkinan penyebab migraine anda. Selalunya faktor ini berbeza
mengikut individu. Apabila anda mengenali faktor tersebut maka elakkannya. Ini boleh mencegah serangan migraine berikutnya. Jangan
terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit kerana dikhuatiri akan mengalami kesan sampingan(gastrik, ulser perut,
kerosakan buah pinggang) jika diambil terlalu kerap.
Dari
pengalaman saya, produk Eskayvie banyak membantu mereka yang mengalami migrain
samada pulih sepenuhnya atau kurang mendapat serangan migraine. Produk yang
saya syorkan di sini ialah :
Nutrelle™
Serapan toksin
dari usus yang kotor sering menjadi
punca migrain. Nutrelle merupakan suplemen semulajadi bagi tujuan detoksifikasi
yang paling inovatif dan terlengkap di pasaran buat masa ini. Proses pencucian
dan pemulihan berlaku melalui 4 fasa yang berupaya untuk membantu membersihkan
toksin dari usus, darah dan hati. Ia turut memulihkan kesihatan usus di samping
membantu pencernaan makanan. Manakala fasa rejuvenasi boleh membantu sistem
badan mengatasi kelemahan diri akibat serangan toksin sebelum ini.
Redianze™
Kandungan astaREAL®P2AF yang merupakan
anti-oksidan paling kuat di dunia mampu melindungi otak dari serangan radikal
bebas dan toksin yang mungkin menyebabkan migraine. Kesan anti radangnya yang
kuat juga membantu.
Reverse™
Kandungan phytoestrogen dapat membantu
wanita yang mengidap migrain akibat ketidakstabilan hormon dan juga mereka yang
sedang mengalami simptom menopaus.