Koleksi Artikel Kecantikan Bersama
Dr.Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri
Pengasas Produk Eskayvie Sdn Bhd
SOALAN
Assalamualaikum Dr Syid. Saya seorang
wanita berusia 42 tahun. Walaupun sudah melangkau 40an, raut wajah saya masih
kelihatan menarik akan tetapi warna kulitnya kusam dan bertompok-tompok hitam.
Banyak teguran dari rakan-rakan sepejabat menyuruh saya dapatkan rawatan laser akan tetapi kosnya agak mahal. Saya
tertarik dengan ruangan yang Doktor kendalikan yang banyak berkisar tentang
tips untuk awet muda. Apakah tips atau kaedah untuk mengembalikan seri wajah
saya ini? Bolehkah tompok dan warna kulit yang tidak sekata ini dikurangkan?
Harap Doktor sudi berkongsi. Terimakasih.
Dari
Mas Idayu Mokhtar
Pudu, Kuala Lumpur.
JAWAPAN
Kulit kusam berlaku apabila timbunan sel
mati berada di permukaan kulit. Jika timbunan tersebut dibiarkan berkumpul
sekian lama akan menyebabkan warna kulit hilang seri dan nampak kusam. Masalah
ini meningkat dengan usia yang mana faktor kerosakan kulit akibat sinar
matahari, pencemaran persekitaran, pengambilan nutrisi/pemakanan yang tidak
dijaga, merokok, meminum alkohol dan faktor genetik juga memainkan
peranan. Dari sudut perubatan kosmetik,
terdapat dua kaedah utama untuk mengatasi masalah ini iaitu :
1. Mikrodermabrasion
Lapisan kulit
atas akan dibekukan sebelum mengguna mesin untuk mengikis bahagian permukaan
kulit tersebut. Ia memerlukan beberapa kali rawatan ulangan. Komplikasinya
jarang berlaku akan tetapi boleh menyebabkan pendarahan, terbentuknya parut,
jangkitan dan perubahan warna kulit yang tidak sekata.
2. Laser dermabrasion
Ini kaedah yang
lebih moden dan selamat. Laser CO2 digunakan bagi pengikisan kulit yang lebih
sekata dan tidak menyebabkan pendarahan. Di samping itu cahaya laser ini juga
memanaskan kulit di bahagian bawah yang akan merangsang penghasilan lapisan
kolagen yang baru. Ini akan menghasilkan kulit yang lebih halus dan anjal.
Kedua-dua kaedah di atas boleh didapati
dari klinik aestetik dan perlu dilakukan oleh doktor pakar kulit yang terlatih.
Walaupun hasilnya agak memuaskan, namun kosnya juga agak tinggi. Bagi puan,
saya boleh syorkan kaedah yang lebih mudah, murah, selamat dan efektif untuk
menghilangkan kekusaman dan noda hitam pada kulit wajah :
1.
Eksfoliasi
Kerak dan
timbunan kulit mati di bahagian atas kulit perlu dilupuskan untuk menyerlahkan
warna dan kulit hidup yang sebenar. Eksfoliasi ataupun penglupasan perlu
dilakukan secara berkala untuk tujuan ini. Puan boleh gunakan skrub muka yang
lembut yang boleh di dapati dari farmasi. Puan juga boleh menggunakan
penglupasan semulajadi dengan menggunakan buahan yang mengandungi asid alfa
hidroksil seperti buah betik, nenas dan apricot. Potong buah tersebut kepada
hirisan yang kecil dan lumatkan sebelum meratakannya di muka. Biarkan 20 minit
dan bilas. Lakukan 2 hari sekali.
2.
Mengunakan pelembab
Proses
penglupasan akan mengeringkan kulit. Seharusnya untuk mengelakkan kulit dari
terus kering dan bersisik, gunakan pelembab setiap hari. Untuk mencapai kesan
yang lebih baik pastikan pelembab tersebut mempunyai bahan yang boleh
merangsangkan penghasilan kolagen di bawah kulit seperti Vitamin C dan E. Jika
muka sering terdedah kepada cahaya matahari, pastikan pelembab itu mempunyai kesan
pelindung SPF 20 sekurang-kurangnya.
3.
Hidrasi kulit
Air merupakan
antara komponen yang terbesar bagi kulit. Apabila air kurang di dalam badan,
kulit akan kelihatan kering dan kusam. Pastikan ada minum air
sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan hidrasi kulit pada paras
optima supaya kulit lebih lembut berseri.
4.
Nutrisi dalaman
Apa yang kita
makan akan terserlah pada kulit kerana sebagai organ yang terbesar dalam badan,
kekurangan nutrisi sudah tentu akan menampakkan impak pada kulit terutamanya
pada kulit wajah. Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, sihat, lembab,
anjal, berseri dan bebas dari kesan penuaan, saya syorkan puan amalkan REDIANZE™. Ia merupaka
solusi anti penuaan terkini yang menggabungkan formulasi bahan aktif yang
terunggul di dunia seperti dari Photobioreactor di Sweden, Hawaii dan Jepun. REDIANZE™ mudah di amalkan cuma sekali sehari, rasanya sedap dan memberi
keberkesanan segera seawal 6 hari. Ia memberi faedah dari sudut kesihatan dan
juga kecantikan sekaligus. Bagi kesan yang puan inginkan, REDANZE™ menggandingkan :
ü HMCP
Sejenis
rangkaian peptida berunsurkan kolagen marin yang mudah serap dan diadun pada sukatan
efektif iaitu 5,000mg bagi membantu memelihara keanjalan dan kecantikan kulit.
ü AstaREAL®P2AF
Merupakan
karotenoid yang mempamerkan kesan anti-oksidan yang tertinggi di dunia menyamai
6,000x ganda kekuatan Vitamin C dan 800x ganda kekuatan Koenzim Q10. Ia memberi
kesan pelindung foto iaitu sebagai perisai kulit terhadap kesan mudarat UV
(ultraviolet) jenis A dan B yang boleh memusnahkan lapisan kolagen dan
menyebabkan tompok hitam serta noda kulit yang tidak sekata. Kesan pelindung
matahari ini akan menyebabkan kulit semakin cerah kerana penghasilan melanin
(pigmen kulit yang menentukan warna kulit) akan dihindarkan. Kesan ini bukan
sahaja mencerahkan kulit juga membasmi jeragat, warna kusam dan tompok hitam
yang puan alami.
ü Asid Ascorbik
Ia membantu penghasilan
kolagen semulajadi oleh sel-sel badan bagi membantu menegangkan kulit muka.
ü Prunus persica
Kaya dengan
zat besi, potassium, fiber dan zat nutrisi yang membangkitkan seri wajah.
Untuk menyelesaikan masalah puan, saya
syorkan langkah-langkah di atas di samping meminum air yang mencukupi dan
melakukan senaman. Jangan lupa amalkan REDIANZE untuk mendapatkan kesan
peremajaaan kulit secara sihat dari dalaman.
Pertanyaan & Pembelian Secara Online Sila
Rujuk Sebelah Atau Hubungi 017-9051842
Dapatkan Dengan Harga Promosi.Diskaun Hebat Syawal Ini!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan