Koleksi Artikel Kecantikan Bersama
Dr.Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri
Pengasas
Produk Eskayvie Sdn Bhd
SOALAN
Assalamualaikum
Doktor. Saya seorang gadis remaja 17 tahun yang dah bosan dengan masalah
jerawat saya. Setiap hari saya akan cuci muka dengan menggunakan skrub pagi dan
malam. Makanan berminyak, cokelat dan semua tu saya dah pantang. Tapi masalah
jerawat ni masih tak nak hilang. Kotor ke kulit saya ni? Saya teringin nak beli
produk yang khusus untuk jerawat di farmasi tapi saya kurang faham. Boleh
doktor terangkan? Doktor tolong saya, sedih saya tengok kulit muka saya dulu
licin. Bolehkah saya amalkan sebarang produk dalaman? Terimakasih doktor.
Dari,
Anna
Seri
Kembangan, Selangor.
JAWAPAN
Jerawat
adalah perkara yang biasa bagi remaja. Tidak semestinya kulit anda kotor atau
makanan yang anda pantang itu menyebabkan jerawat. Lazimnya di waktu remaja,
punca utama jerawat ialah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku ketika
akil baligh menjelang dewasa. Hormon ini, terutamanya hormon androgen,
meningkatkan penghasilan minyak kulit yang dinamakan sebum. Lebih banyak minyak
yang dihasilkan, lebih tinggi peluangnya untuk menyumbat pori-pori kulit,
ditambah dengan kulit mati dan kuman, terbentuklah jerawat.
Mencuci
kulit muka adalah kemestian, akan tetapi terlebih cuci atau skrub boleh
menyebabkan masalah ini semakin buruk. Sememangnya ramai yang suka rasa lembut
dan licin kulit muka setelah menggunakan skrub akan tetapi skrub yang
berlebihan boleh meningkatkan keradangan pada kulit muka yang sudah sedia di
dalam keadaan kerengsaan dan ini boleh menyemarakkan lagi masalah jerawat.
Nasihat saya bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang serius, iaitu
keadaan jerawat yang bengkak, berneneh, luka ataupun berkerak perlulah
mengelakkan melakukan skrub pada kulit muka. Ini tidak bermaksud tidak perlu
melakukan eksfoliasi (penglupasan) langsung, akan tetapi terdapat kaedah lain
yang anda boleh gunakan selain dari mengamalkan skrub seperti mengunakan
rawatan penglupasan dengan bahan aktif seperti :
·
Retinoids seperti Retin A
·
Asid salisilik
·
Asid alfa hidroksil
·
Penglupasan kimia yang lebih lembut
Bahan
ini membantu menanggalkan lebihan sel kulit mati, membersihkan pori kulit dan
mengelakkan dari terbentuknya komedo atau bincul hitam.
Bagi
kes jerawat yang tidak serius, memang banyak produk yang dijual di farmasi
boleh membantu untuk mengatasinya. Secara panduan saya boleh bahagikan kepada :
· Jerawat yang tidak keradangan,
bincul hitam dan milia (whitehead)
Mulakan dengan produk mengandungi Salicylic
acid di dalam pencuci muka atau pad pembersih muka. Jika kurang berkesan, boleh
seterusnya digunakan di dalam bentuk losyen.
· Jerawat yang merah dan keradangan
Keadaan ini lebih berkesan menggunakan
Benzoyl peroxide di dalam bentuk losyen. Setelah beberapa minggu, tambahkan
dengan pencuci muka yang mengandungi Salicylic acid dengan syarat kulit muka
anda tidak terlalu kering.
Bahan aktif di atas juga ada dijual di dalam bentuk set penjagaan muka. Bagi remaja pada usia saudari, saya lebih syorkan untuk menggunakan produk yang agak lembut yang bersesuaian. Di samping itu, sebagai sumber nutrisi yang boleh membantu menyembuhkan masalah jerawat dari dalaman saya syorkan saudari amalkan REDIANZE, sejenis produk terkini untuk memberikan kulit yang sihat, cantik dan bebas dari jerawat. Ia mengandungi bahan aktif yang berkualiti tinggi seperti HMCP dan AstaREAL®P2AF yang bertindak memberi menfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit. REDIANZE mengandungi bahan anti-oksidan yang terkuat di dunia menyamai seperti 6,000 kali ganda khasiat Vitamin C dan 550 kali ganda kekuatan Vitamin E. REDIANZE membantu mengatasi jerawat dari dalaman secara berikut :
- Memberi perlindungan terhadap kerengsaan dan kekeringan kulit
- Kesan anti radang membantu mengatasi jerawat yang merah dan kerengsaan
- Mempunyai kesan 'internal photo protector' yang bukan sahaja membuatkan kulit semakin cerah malah melindungi kulit dari faktor sinaran UV dari matahri yang mungkin menjadi punca kepada jerawat
- Meningkatkan sistem imun kulit supaya dapat melawan jangkitan kuman yang menyebabkan jerawat
- Membantu melancarkan aliran darah kepada kulit yang membawa faktor nutrisi untuk menyembuhkan masalah jerawat
- Menstabilkan kalenjar sebum supaya tidak menghasilkan minyak muka secara berlebihan
REDIANZE juga mengandungi HMCP bagi melicin dan
meratakan kulit dari parut jerawat. Manakala kandungan Asid askorbik mencegah
inflamasi kulit akibat jerawat. Kandungan seterusnya iaitu Prunus persica pula
akan membangkit seri wajah agar masalah jerawat saudari bukan sekadar
dipulihkan malah bertukar seli menjadi kulit yang lebih gebu, licin, anjal
berseri, insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan