Jumaat, 7 September 2012

BOSAN DENGAN JERAWAT


Koleksi Artikel Kecantikan Bersama
Dr.Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri
Pengasas Produk Eskayvie Sdn Bhd
SOALAN
Assalamualaikum Doktor. Saya seorang gadis remaja 17 tahun yang dah bosan dengan masalah jerawat saya. Setiap hari saya akan cuci muka dengan menggunakan skrub pagi dan malam. Makanan berminyak, cokelat dan semua tu saya dah pantang. Tapi masalah jerawat ni masih tak nak hilang. Kotor ke kulit saya ni? Saya teringin nak beli produk yang khusus untuk jerawat di farmasi tapi saya kurang faham. Boleh doktor terangkan? Doktor tolong saya, sedih saya tengok kulit muka saya dulu licin. Bolehkah saya amalkan sebarang produk dalaman? Terimakasih doktor.
Dari,
Anna
Seri Kembangan, Selangor.
 
JAWAPAN
Jerawat adalah perkara yang biasa bagi remaja. Tidak semestinya kulit anda kotor atau makanan yang anda pantang itu menyebabkan jerawat. Lazimnya di waktu remaja, punca utama jerawat ialah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku ketika akil baligh menjelang dewasa. Hormon ini, terutamanya hormon androgen, meningkatkan penghasilan minyak kulit yang dinamakan sebum. Lebih banyak minyak yang dihasilkan, lebih tinggi peluangnya untuk menyumbat pori-pori kulit, ditambah dengan kulit mati dan kuman, terbentuklah jerawat.
Mencuci kulit muka adalah kemestian, akan tetapi terlebih cuci atau skrub boleh menyebabkan masalah ini semakin buruk. Sememangnya ramai yang suka rasa lembut dan licin kulit muka setelah menggunakan skrub akan tetapi skrub yang berlebihan boleh meningkatkan keradangan pada kulit muka yang sudah sedia di dalam keadaan kerengsaan dan ini boleh menyemarakkan lagi masalah jerawat.
Nasihat saya bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang serius, iaitu keadaan jerawat yang bengkak, berneneh, luka ataupun berkerak perlulah mengelakkan melakukan skrub pada kulit muka. Ini tidak bermaksud tidak perlu melakukan eksfoliasi (penglupasan) langsung, akan tetapi terdapat kaedah lain yang anda boleh gunakan selain dari mengamalkan skrub seperti mengunakan rawatan penglupasan dengan bahan aktif seperti :
·         Retinoids seperti Retin A
·         Asid salisilik
·         Asid alfa hidroksil
·         Penglupasan kimia yang lebih lembut
Bahan ini membantu menanggalkan lebihan sel kulit mati, membersihkan pori kulit dan mengelakkan dari terbentuknya komedo atau bincul hitam.
Bagi kes jerawat yang tidak serius, memang banyak produk yang dijual di farmasi boleh membantu untuk mengatasinya.  Secara panduan saya boleh bahagikan kepada :
·    Jerawat yang tidak keradangan, bincul hitam dan milia (whitehead)
Mulakan dengan produk mengandungi Salicylic acid di dalam pencuci muka atau pad pembersih muka. Jika kurang berkesan, boleh seterusnya digunakan di dalam bentuk losyen.
·   Jerawat yang merah dan keradangan
Keadaan ini lebih berkesan menggunakan Benzoyl peroxide di dalam bentuk losyen. Setelah beberapa minggu, tambahkan dengan pencuci muka yang mengandungi Salicylic acid dengan syarat kulit muka anda tidak terlalu kering.

Bahan aktif di atas juga ada dijual di dalam bentuk set penjagaan muka. Bagi remaja pada usia saudari, saya lebih syorkan untuk menggunakan produk yang agak lembut yang bersesuaian. Di samping itu, sebagai sumber nutrisi yang boleh membantu menyembuhkan masalah jerawat dari dalaman saya syorkan saudari amalkan REDIANZE, sejenis produk terkini untuk memberikan kulit yang sihat, cantik dan bebas dari jerawat.  Ia mengandungi bahan aktif yang berkualiti tinggi seperti HMCP dan AstaREAL®P2AF yang bertindak memberi menfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit. REDIANZE mengandungi bahan anti-oksidan yang terkuat di dunia menyamai seperti 6,000 kali ganda khasiat Vitamin C dan 550 kali ganda kekuatan Vitamin E. REDIANZE membantu mengatasi jerawat dari dalaman secara berikut :
- Memberi perlindungan terhadap kerengsaan dan kekeringan kulit
- Kesan anti radang membantu mengatasi jerawat yang merah dan kerengsaan
- Mempunyai kesan 'internal photo protector' yang bukan sahaja membuatkan kulit semakin cerah malah melindungi kulit dari faktor sinaran UV dari matahri yang mungkin menjadi punca kepada jerawat
-  Meningkatkan sistem imun kulit supaya dapat melawan jangkitan kuman yang menyebabkan jerawat
- Membantu melancarkan aliran darah kepada kulit yang membawa faktor nutrisi untuk menyembuhkan masalah jerawat
-  Menstabilkan kalenjar sebum supaya tidak menghasilkan minyak muka secara berlebihan
REDIANZE juga mengandungi HMCP bagi melicin dan meratakan kulit dari parut jerawat. Manakala kandungan Asid askorbik mencegah inflamasi kulit akibat jerawat. Kandungan seterusnya iaitu Prunus persica pula akan membangkit seri wajah agar masalah jerawat saudari bukan sekadar dipulihkan malah bertukar seli menjadi kulit yang lebih gebu, licin, anjal berseri, insyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan