Khamis, 6 September 2012

IMPIKAN KULIT WAJAH YANG BERSERI















Koleksi Artikel Kecantikan Bersama
Dr.Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri
Pengasas Produk Eskayvie Sdn Bhd
SOALAN
Assalamualaikum Dr Syid. Saya seorang wanita berusia 42 tahun. Walaupun sudah melangkau 40an, raut wajah saya masih kelihatan menarik akan tetapi warna kulitnya kusam dan bertompok-tompok hitam. Banyak teguran dari rakan-rakan sepejabat menyuruh saya dapatkan rawatan  laser akan tetapi kosnya agak mahal. Saya tertarik dengan ruangan yang Doktor kendalikan yang banyak berkisar tentang tips untuk awet muda. Apakah tips atau kaedah untuk mengembalikan seri wajah saya ini? Bolehkah tompok dan warna kulit yang tidak sekata ini dikurangkan? Harap Doktor sudi berkongsi. Terimakasih.
Dari
Mas Idayu Mokhtar
Pudu, Kuala Lumpur.
JAWAPAN
Kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada di permukaan kulit. Jika timbunan tersebut dibiarkan berkumpul sekian lama akan menyebabkan warna kulit hilang seri dan nampak kusam. Masalah ini meningkat dengan usia yang mana faktor kerosakan kulit akibat sinar matahari, pencemaran persekitaran, pengambilan nutrisi/pemakanan yang tidak dijaga, merokok, meminum alkohol dan faktor genetik juga memainkan peranan.  Dari sudut perubatan kosmetik, terdapat dua kaedah utama untuk mengatasi masalah ini iaitu :
1.       Mikrodermabrasion
Lapisan kulit atas akan dibekukan sebelum mengguna mesin untuk mengikis bahagian permukaan kulit tersebut. Ia memerlukan beberapa kali rawatan ulangan. Komplikasinya jarang berlaku akan tetapi boleh menyebabkan pendarahan, terbentuknya parut, jangkitan dan perubahan warna kulit yang tidak sekata.
2.       Laser dermabrasion
Ini kaedah yang lebih moden dan selamat. Laser CO2 digunakan bagi pengikisan kulit yang lebih sekata dan tidak menyebabkan pendarahan. Di samping itu cahaya laser ini juga memanaskan kulit di bahagian bawah yang akan merangsang penghasilan lapisan kolagen yang baru. Ini akan menghasilkan kulit yang lebih halus dan anjal.
Kedua-dua kaedah di atas boleh didapati dari klinik aestetik dan perlu dilakukan oleh doktor pakar kulit yang terlatih. Walaupun hasilnya agak memuaskan, namun kosnya juga agak tinggi. Bagi puan, saya boleh syorkan kaedah yang lebih mudah, murah, selamat dan efektif untuk menghilangkan kekusaman dan noda hitam pada kulit wajah :
1.       Eksfoliasi
Kerak dan timbunan kulit mati di bahagian atas kulit perlu dilupuskan untuk menyerlahkan warna dan kulit hidup yang sebenar. Eksfoliasi ataupun penglupasan perlu dilakukan secara berkala untuk tujuan ini. Puan boleh gunakan skrub muka yang lembut yang boleh di dapati dari farmasi. Puan juga boleh menggunakan penglupasan semulajadi dengan menggunakan buahan yang mengandungi asid alfa hidroksil seperti buah betik, nenas dan apricot. Potong buah tersebut kepada hirisan yang kecil dan lumatkan sebelum meratakannya di muka. Biarkan 20 minit dan bilas. Lakukan 2 hari sekali.
2.       Mengunakan pelembab
Proses penglupasan akan mengeringkan kulit. Seharusnya untuk mengelakkan kulit dari terus kering dan bersisik, gunakan pelembab setiap hari. Untuk mencapai kesan yang lebih baik pastikan pelembab tersebut mempunyai bahan yang boleh merangsangkan penghasilan kolagen di bawah kulit seperti Vitamin C dan E. Jika muka sering terdedah kepada cahaya matahari, pastikan pelembab itu mempunyai kesan pelindung SPF 20 sekurang-kurangnya.
3.       Hidrasi kulit
Air merupakan antara komponen yang terbesar bagi kulit. Apabila air kurang di dalam badan, kulit akan kelihatan kering dan kusam. Pastikan ada minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan hidrasi kulit pada paras optima supaya kulit lebih lembut berseri.
4.       Nutrisi dalaman
Apa yang kita makan akan terserlah pada kulit kerana sebagai organ yang terbesar dalam badan, kekurangan nutrisi sudah tentu akan menampakkan impak pada kulit terutamanya pada kulit wajah. Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, sihat, lembab, anjal, berseri dan bebas dari kesan penuaan, saya syorkan puan amalkan REDIANZE. Ia merupaka solusi anti penuaan terkini yang menggabungkan formulasi bahan aktif yang terunggul di dunia seperti dari Photobioreactor di Sweden,  Hawaii dan Jepun. REDIANZE mudah di amalkan cuma sekali sehari, rasanya sedap dan memberi keberkesanan segera seawal 6 hari. Ia memberi faedah dari sudut kesihatan dan juga kecantikan sekaligus. Bagi kesan yang puan inginkan, REDANZE menggandingkan :
ü  HMCP
Sejenis rangkaian peptida berunsurkan kolagen marin yang mudah serap dan diadun pada sukatan efektif iaitu 5,000mg bagi membantu memelihara keanjalan dan kecantikan kulit.
ü  AstaREAL®P2AF
Merupakan karotenoid yang mempamerkan kesan anti-oksidan yang tertinggi di dunia menyamai 6,000x ganda kekuatan Vitamin C dan 800x ganda kekuatan Koenzim Q10. Ia memberi kesan pelindung foto iaitu sebagai perisai kulit terhadap kesan mudarat UV (ultraviolet) jenis A dan B yang boleh memusnahkan lapisan kolagen dan menyebabkan tompok hitam serta noda kulit yang tidak sekata. Kesan pelindung matahari ini akan menyebabkan kulit semakin cerah kerana penghasilan melanin (pigmen kulit yang menentukan warna kulit) akan dihindarkan. Kesan ini bukan sahaja mencerahkan kulit juga membasmi jeragat, warna kusam dan tompok hitam yang puan alami.
ü  Asid Ascorbik
Ia membantu penghasilan kolagen semulajadi oleh sel-sel badan bagi membantu menegangkan kulit muka.
ü  Prunus persica
Kaya dengan zat besi, potassium, fiber dan zat nutrisi yang membangkitkan seri wajah.
Untuk menyelesaikan masalah puan, saya syorkan langkah-langkah di atas di samping meminum air yang mencukupi dan melakukan senaman. Jangan lupa amalkan REDIANZE untuk mendapatkan kesan peremajaaan kulit secara sihat dari dalaman.

Pertanyaan & Pembelian Secara Online Sila Rujuk Sebelah Atau Hubungi 017-9051842

Dapatkan Dengan Harga Promosi.Diskaun Hebat Syawal Ini!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan