Selasa, 18 September 2012

Diari Migraine

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Koleksi Artikel Kecantikan Bersama
Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri
Pengasas Produk Eskayvie Sdn Bhd
 
Soalan
Assalamualaikum Doktor. Saya seorang gadis sekitar 20an. Masalah yang saya hidapi sejak di bangku sekolah menengah ialah sering sakit kepala. Serangan sakit kepala ini sangatlah sakithingga kadangkala saya terbaring 2 hari tidak bangun dan kadangkala hanya pulih dengan suntikan. Doktor pakar mengatakan saya menghidapi migraine dan menyuruh saya menyimpan diari migraine, iaitu untuk mengenalpasti punca dan faktor yang menyebabkan serangan migraine yang saya alami. Dan sekiranya saya mengenali faktor tersebut saya boleh cegah penyakit migraine saya.  Saya pohon jasabaik doktor untuk membincangkan sebab penyebab migraine agar saya lebih memahami. Apakah jenis produk Eskayvie yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah saya ini? Terimakasih atas keperihatinan doktor.
 
Dari
Sarah
Temerloh, Pahang.
 
Jawapan
 
Tujuan mengadakan diari migrain ini sebenarnya bagi mengenalpasti punca migraine saudari. Bila diketahui puncanya maka mudahlah saudari mengelakkan punca itu dan selanjutnya menghindari dari serangan migraine tersebut. Berikut disenaraikan 10 faktor-faktor penyebab migraine yang dikenalpasti :
 
  1. Makanan
Satu atau lebih makanan ini perlu anda kenali kerana mungkin anda lebih sensitif terhadapnya. Bacalah label yang tertera pada pembungkusan makanan untuk mengetahui kandungannya. Antaranya ialah :
Pisang, buah pala, kismis, produk tenusu (keju, aiskrim, krim, susu, yoghurt), jeruk, buah citrus, betik, plum, kicap, perasa makanan (MSG), avokado, cokelat, kacang, mentega kacang, bawang, kacang peas, daging proses yang mengandungi nitrit, saccharin/aspartame (diet soda), belacan, kentang yang diproses, makanan mengandungi ragi (donut, roti) dll.
 
  1. Kafein
Minuman atau makanan yang mengandungi kafein boleh menyebabkan atau mengubati migrain yang mana bergantung kepada keserasian individu. Kafein terdapat  di dalam kopi, minuman soda (cola), teh, cokelat, minuman tenaga dan suplemen makanan bagi melansingkan badan.
 
  1. Stres dan perubahan emosi
Tekanan, marah, kemurungan dapat menyebabkan migrain. Kadangkala perasaan yang terlalu gembira juga boleh mengakibatkan migrain. Kaedah mengatasi stres amat penting utk dipelajari bagi mengawal serangan migraine.
 
  1. Ransangan deria terlampau
Ransangan deria yang kuat spt bau minyak wangi, bau rokok, bau cat atau thinner, ammonia dan bau masakan juga boleh menyebabkan migrain. Lampu terang yang berkelip, sinar matahari yang terik atau pergerakan  (spt dalam kereta atau keretapi) juga boleh menyebabkan migrain. Selalu siapsediakan kacamata hitam untk digunakan di waktu cahaya terik dan mengelakkan dari mengikuti jalan berliku boleh membantu.
 
  1. Masalah tidur
Terlalu banyak atau kurang tidur termasuk tidur yang terganggu dapat menyebabkan migrain. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti yang mencukupi (6 hingga 8 jam).
 
  1. Perubahan suhu dan ketinggian
Perubahan cuaca dan suhu yang mendadak seperti terkena hujan ketika cuaca panas boleh menyebabkan migrain. Berada pada paras ketinggian yang tinggi juga boleh mengakibatkan migrain spt ketika mendaki gunung.
 
  1. Faktor fizikal
Aktiviti yang berlebihan spt senaman terlampau termasuklah mengangkat benda yang berat boleh menyebabkan migraine.
 
  1. Lapar    
Keadaan terlalu lapar atau hypoglycemia(kandungan gula  rendah dalam darah) boleh mengakibatkan migrain. Makanlah pada waktunya.
  1. Perubahan hormon
Migrain boleh menyerang ketika wanita mengalami haid atau putus haid. Ini disebabkan perubahan tahap hormon di dalam badan. Pil perancang keluarga juga boleh menjadi penyebab.
 
  1. Kesan sampingan ubatan
Ubat yang mengembangkan salurdarah spt hydralazine dan nifedipine (ubat darah tinggi). Yang lain termasuk lah ubatan spt cimetidine(untuk gastrik), fenfluramine(ubat diet), indomethacin (ubat sakit sendi), nitroglycerine(ubat jantung), theophylline (ubat asthma), estrogen (HRT dan pil perancang keluarga). Berbincanglah dengan doktor  bagi mendapat ubat yang serasi dengan anda.
 
Catatkan di dalam diari anda segala perkara yang anda lakukan, makan, aktiviti, suhu dan sebagainya  sebelum diserang migraine.  Perkara yang sering dicatat berulang-ulang, itulah kemungkinan penyebab migraine anda. Selalunya faktor ini berbeza mengikut individu. Apabila anda mengenali faktor tersebut  maka elakkannya. Ini  boleh mencegah serangan migraine berikutnya. Jangan terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit kerana dikhuatiri akan mengalami  kesan sampingan(gastrik, ulser perut, kerosakan buah pinggang) jika diambil terlalu kerap.
 
Dari pengalaman saya, produk Eskayvie banyak membantu mereka yang mengalami migrain samada pulih sepenuhnya atau kurang mendapat serangan migraine. Produk yang saya syorkan di sini ialah :
 
  1. Nutrelle™
Serapan toksin dari usus yang kotor  sering menjadi punca migrain. Nutrelle merupakan suplemen semulajadi bagi tujuan detoksifikasi yang paling inovatif dan terlengkap di pasaran buat masa ini. Proses pencucian dan pemulihan berlaku melalui 4 fasa yang berupaya untuk membantu membersihkan toksin dari usus, darah dan hati. Ia turut memulihkan kesihatan usus di samping membantu pencernaan makanan. Manakala fasa rejuvenasi boleh membantu sistem badan mengatasi kelemahan diri akibat serangan toksin sebelum ini.
     
  1. Redianze™
Kandungan astaREAL®P2AF yang merupakan anti-oksidan paling kuat di dunia mampu melindungi otak dari serangan radikal bebas dan toksin yang mungkin menyebabkan migraine. Kesan anti radangnya yang kuat juga membantu.
     
  1. Reverse™
Kandungan phytoestrogen dapat membantu wanita yang mengidap migrain akibat ketidakstabilan hormon dan juga mereka yang sedang mengalami simptom menopaus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan